Wednesday, December 31, 2014

PROMOSI HEBAT AKHIR TAHUN 2014 : VITAMIN C DAN E SHAKLEE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

Masih tak terlambat lagi rasanya cik G nak bagitahu ada promosi gempak akhir tahun ni dari shaklee malaysia ..

PROMOSI VITAMIN C DAN E !!

Vitamin C
  • Beli 6 percuma 1
  • Beli 2 dapat 5% diskaun 

Vitamin E
  • Beli 6 percuma 1 + percuma keahlian shaklee + percuma postage + wang tunai masuk akaun bulan depan
  • Beli 2 dapat 5% diskaun

Seronok tak?? Peminat tegar vitamin C dan E mesti suka sangat kan..hihi


JIMAT DAN SANGAT JIMAT OK

LAGI JIMAT SEBAB VITAMIN C TAHAN 6 BULAN & VITAMIN E TAHAN 4 BULAN!! 





Jika anda inginkan kulit cantik bebas dari jerawat, parut, jeragat, kulit kering, kulit kusam, kulit berminyak cik G sarankan anda mencuba vitamin C dan E. Kombinasi terbaik untuk kulit cantik berseri dan awet muda.


Jom tengok kebaikan vitamin C dan E untuk kecantikan anda:


Vitamin C
Antikoksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain
Vitamin C juga merangsang dan mengasilkan kolagen dalam badan 
Ianya juga bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan
Vitamin C juga bertindak melindung dan membaiki kulit
Vitamin C juga membantu mencerahkan kulit secara semulajadi jika mengambil vitamin C ssecara konsisten setiap hari
Ia juga sangat membantu dalam melambatkan proses penuaan


Vitamin E
Merupakan antioksidan yang powerful dan tidak dapat dihasilkan oleh badan 
Bertindak meneutralkan radikal bebas
Bersifat anti-penuaan, dapat mengurangkan garis-garis halus pada wajah 
Membantu mengelakkan pertumbuhan abnormal sel 
Membantu memudarkan parut dan jeragat di wajah

Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit

Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu


Vitamin C dan E bukan hanya untuk kecantikan semata-mata tapi juga
Membantu menguatkan sistem imun tubuh

Membantu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah
Membantu mengekalkan kapilari darah yang sihat 
Membantu menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi 
Memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan

Membantu mempertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma serta mengurangkan simptom selsema 
Menyihatkan jantung kerana vitamin E berperanan penting dalam mengembangkan pembuluh darah dan menghalang pembentukan darah beku

Membantu mengurangakan kesakitan semasa haid

Melancarkan peredaran darah

Mencegah ketumbuhan abnormal seperti kanser 
Vitamin E juga mampu mengurangkan bengkak susu jika diambil secara berterusan. Puting yang luka akibat menyusu akan cepat pulih secara tidak langsung mengurangkan kedutan di perut ketika bersalin 
Menyihatkan rambut. Rambut lebih sihat dan lebat.
Memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer
Menguatkan dinding kapilari
Mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok

* * * * *

Vitamin E juga digelar vitamin cinta kerana ia dapat membantu mengeratkan keintiman suami isteri. Malah membantu menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita. Bagi lelaki vitamin E sangat membantu meningkatkan kelakian & pengeluaran air mani. 


Jom lihat testimoni pengguna vitamin C dan E Shaklee.. apa kata mereka ..

















Hubungi Cik G untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee .



Nurzhiana Mohd Yunus


Shaklee Independent Distributor - ID 1085116


sms/whatsapp : 013-570 7812


FB Page : Ziana Beauty Shoppe



Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat. Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh menghubungi saya untuk pendaftaran ahli Atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1085116 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya. 




Wednesday, December 17, 2014

4 KEPENTINGAN SARAPAN UNTUK KANAK-KANAK YANG ANDA TIDAK TAHU


Mulakan hari anda dengan sarapan pagi ! Jangan tinggal sarapan pagi! Mesti sarapan pagi! Selalu dengan ayat macam itu kan tapi sejauh mana kita mengamalkannya??


Kebanyakan dari kita seringkali meninggalkan sarapan pagi sebab sibuk nak pergi kerja, tak sempat nak buat sarapan, tak perlu sarapan dan macam-macam lagi alasan.


“ istilah sarapan pagi dalam bahasa inggeris iaiti breakfast bermaksud berbuka puasa iaitu puasa yang bermula dari waktu makan malam pada malam sebelumnya sehingga waktu makan tengah hari hari berikutnya. Sarapan penting untuk memberikan tenaga melakukan aktiviti seharian”


Menurut Majlis Maklunat Pemakanan Antarabangsa (IFIC) di Washington, seseorang yang makan secara konsisten akan mendapat khasiat serat, kalsium, vitamin A, vitamin C, riboflavin, zink dan zat besi di samping jumlah kalori dan lemak makanan yang lebih sedikit berbanding mereka yang tidak mengambil sarapan.



Apa kepentingan sarapan untuk anak-anak anda pula?? 


Kesihatan

Kebiasaannya kanak-kanak yang mengambil sarapan setiap hari akan lebih sihat dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak bersapan pagi. Sarapan akan membuatkan tubuh lebih cergas dan daya ketahanan badan yang lebih tinggi dan ini menyebabkan kanak-kanak ‘kurang ponteng' ke sekolah.




Makanan seimbang

Kanak-kanak yang mengambil sarapan kebiasaannya akan makan secara sihat sepanjang hari. Tabiat sarapan pagi mendorong mereka untuk mengamalkan makanan yang lengkap dengan segala nutrisi harian. Ini dapat mengelak mereka mengambil makanan ringan yang tidak bekhasiat.




Kanak-kanak lebih bijak

Kajian mendapati kanak-kanak yang mengambil sarapan pagi mempunyai tahap fokus yang lebih tinggi, cenderung mendapat markah lebih tinggi dalam kelas, banyak terlibat dalam setiap aktiviti pembelajaran, dapat membaca dengan lebih lancar, cekap menjawab soalan matematik dan kurang tertekan atau stress berbanding dengan kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan pagi. IFIC juga mengatakan sarapan dapat menambah kecerdasan otak dan ingatan, meingkatkan tumpuan serta berkebolehan menyelesaikan masalah.



 Berat badan ideal

Kanak-kanak yang mengambil sarapan pagi juga didapati mempunyai berat badan yang lebih ideal. Mereka didapati kurang mendapat penyakit dan kecederaan. Sarapan pagi yang berkhasiat dan lengkap membuatkan mereka kurang mengambil makanan secara berlebihan apabila tiba waktu makan seterusnya seprti tengah hari sekaligus dapat mengelak gejala obesiti yang banyak berlaku pada kanak-kanak zaman sekarang.











CARA MUDAH TURUNKAN KOLESETROL DENGAN PHYTOCOL-ST SHAKLEE



Satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yng tinggi. Kolesterol ini boleh dialami sesiapa saja tak mengira tua muda, kurus atau gemuk. Koletsrol tinggi juga boleh mengakibatkan salur darah tersumbat.

* saluran darah penting untuk membawa oksigen dan nutrien ke seluruh badan dan mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak dikehendaki keluar dari sel-sel dalam badan.




zat – zat makanan dan oksigen kepada sel-sel di dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak dikehendaki dari sel.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
zat – zat makanan dan oksigen kepada sel-sel di dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak dikehendaki dari sel.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Apa akan terjadi bila saluran darah tersumbat?? Mereka ini akan berisiko tinggi untuk mendapat pelbagai jenis penyakit. 





Hakikatnya, semakin tinggi paras kolesterol anda, semakin tinggi risiko yang bakal anda hadapi.


Tabiat dan pola kehidupan seharian rakyat Malaysia antara penyebab utama tinggi kolesterol banyak berlaku terutama pada zaman sekarang.




Orang Malaysia suka makan makanan yang tinggi lemak, kolsesterol dan berminyak. Kebanyakan makanan sebegini mempunyai rasa yang lebih sedap dan sangat sukar untuk dikawal.  

American Heart Association menyerakan pengambilan harian kolesterol bagi individu normal TIDAK MELEBIHI 300 mg dan pesakit jantung pula KURANG DARI 200 mg sehari. Sebaliknya berlaku apabila pengambilan makanan telah melebihi had yang telah ditetapkan.




Info Kolesterol 

Tahukah anda terdapat 2 jenis kolesterol iaitu :

Lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) yang dikenali sebagai ‘kolesterol tidak baik’. Ia boleh membentuk plak dan menyumbat arteri, seterusnya meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.

Lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) pula dikenali sebagai ‘kolesterol baik’. Ia dapat menyingkirkan kolesterol tidak baik dengan membawanya ke hati untuk disingkirkan.


Untuk mendapat paras kolesterol yang normal dan sihat, anda harus mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah.

Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) mengesyorkan penambahan 2,000mg FITOSTEROL ke dalam diet harian anda untuk merendahkan paras kolesterol secara semula jadi. 


Atasi masalah kolesterol secara semulajadi dengan PHYTOCOL-ST





Keistimewaan PHYTOCOL-ST  





Phytocol-ST adalah hasil rumusan beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.  




Bahan-bahan yang digunakan terbukti secara klinikal berkesan untuk menyekat penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol LDL. 


PHYTOCOL-ST membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari. Ia membekalkan 100% nilai harian fitosterol sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).





* Saranan NIH untuk merendahkan kolesterol : Makan makanan kurang lemak tepu dan kolesterol, bersenam, kurangkan berat badan, ambil lebih banyak serat larut air, dan amalkan pengambilan 2,000 mg sterol dan stanol tumbuhan setiap hari.


PHYTOCOL-ST tidak mempunyai sebarang pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.


Apa itu FITOSTEROL? 




Fitosterol mempunyai struktur yang sama seperti kolesterol, dan ia akan bersaing untuk mengalahkan kolesterol untuk penyerapan dalam usus. Semakin banyak Fitosterol yang diambil, semakin kurang kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk merendahkan paras kolesterol LDL.





Testimoni PHYTCOTOL-ST 









Inilah dia Phytocol yang sangat femes untuk masalah kolesterol.
Pengambilan 2 biji setiap kali sebelum/selepas makan sangat membantu mereka yang
ada masalah sukar mengawal pemakanan.









Hubungi Cik G untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee .



Nurzhiana Mohd Yunus


Shaklee Independent Distributor - ID 1085116


sms/whatsapp : 013-570 7812


FB Page : Ziana Beauty Shoppe



Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat. Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh menghubungi saya untuk pendaftaran ahli Atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1085116 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya.



Tuesday, December 16, 2014

5 Sebab Customer Saya Suka Vitamin C Shaklee

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

Jika ditanya pada cik G vitamin C antara vitamin yang wajib diambil oleh setiap individu. Sifat vitamin C yang sangat rapuh menyebabkan kita mesti mengambil vitamin C setiap hari. Kadar vitamin C dalam tubuh juga berkurangan akibat tabiat hidup harian kita seperti stress, tertekan, merokok, minum minuman beralkohol, mengambil ubat, dan banyak terdedah kepada persekitaran yang tidak sihat.






Ringkasnya kita mesti mengambil vitamin C setiap hari samada dari sumber makanan atau makanan tambahan (supplemen).


5 SEBAB CUSTOMER SAYA SUKA VITAMIN C SHAKLEE


Kolagen – sana sini orang mencari kolagen sedangkan dengan mengambil makanan yang tinggi vitamin C setiap hari dapat menambah kolagen dalam tubuh. Vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen dalam tubuh secara semualajdi. Asid askorbik di dalam vitamin C penting untuk menghasilkan kolagen sebagai protien yang menjadikan kulit tetap anjal dan gebu. Kekurangan kolagen boleh menyebabkan kulit kusam tidak bermaya dan wajah nampak tua dari usia sebenar.


Mencantikkan kulit – pengambilan vitamin C setiap hari menjadikan kulit lebih cerah sekata tanpa kesan sampingan. Tak perlu lagi memakai produk pemutih yang terang-terang akan memberi kesan kepada kulit. Ia juga mampu menyekat pembentukan pigmentasi penyebab utama masalah jeragat.


Mengurangkan kedutan – kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition mendapati bahawa wanita yang mengambil lebih banyak makanan kaya dengan vitamin C memiliki kedutan lebih sedikit dan terhindar dari kekeringan kulit berbanding mereka yang kurang mengambil vitamin C.


Demam/selsema – Vitamin C berupaya menyingkatkan waktu pemulihan dari demam/selsema di mana ia bertindak sebagai anti-histamin yang akan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti selsema, flu, sakit badan dan kesakitan. Apabila demam/selsema tidak perlu lagi panadol atau antibiotik cukup dengan mengambil vitamin C dalam dos yang tinggi.


Mencegah kanser – vitamin C merupakan antioksidan yang berkuasa dan ia berupaya meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan menghapuskan radikal bebas sebelum menyerang sel-sel dalam tubuh. Vitamin C juga menyingkirkan kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan. Sebab itu perokok disaran mengambil vitamin C untuk membantu membersihkan darah dan mengelak kerosakan pada buah pinggang.


Jimat dan tahan lama - Satu lagi sebab yang paling ramai customer suka dengan vitamin C Shaklee sebotol tahan untuk 6 bulan. Dalam sebotol vitamin C Shaklee ada 180 biji dengan harga di bawah RM100. Harga untuk sebiji vitamin C Shaklee dalam 50 sen. Memang sangat jimat dan mampu dimiliki semua orang. Dan sebiji vitamin C Shaklee ini juga bersamaan dengan 7 biji setengah buah oren. Best tak best??



Berita baik bulan Disember ini ada 3 PROMOSI HEBAT DARI SHAKLEE.


PROMOSI AKHIR TAHUN VITAMIN C & VITAMIN E

PROMOSI COLLAGEN POWDER YANG TERAKHIR 










Hubungi Cik G untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee .



Nurzhiana Mohd Yunus


Shaklee Independent Distributor - ID 1085116


sms/whatsapp : 013-570 7812


FB Page : Ziana Beauty Shoppe



Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat. Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh menghubungi saya untuk pendaftaran ahli Atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1085116 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya. 


Monday, December 15, 2014

25 KEBAIKAN VITAMIN C YANG ANDA TAK TAHU




Mungkin ramai yang sudah tahu vitamin C sangat bagus untuk kecantikan dan antioksidan. Tapi sebenarnya banyak lagi kebaikan vitamin C yang ramai orang tak tahu. Vitamin C atau Asid Askorbik sangat baik kepada kesihatan. Vitamin C sangat terkenal bagi golongan wanita kerana ia mampu membuatkan kulit lebih cantik dan berseri.


Manfaat utama vitamin C dalam kecantikan :

Penghasilan kolagen - Vitamin C membantu penghasilan sintesis kolagen di dalam tubuh secara semulajadi. Kolagen menjadikan kulit lebih gebu , menyekatakan tona kulit wajah, melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan. Kekurangan kolagen boleh menyebabkan kulit kusam tidak bermaya dan wajah nampak tua dari usia sebenar.
Perlindungan dari cahaya matahari - Vitamin C bertindak melindung kulit dari radikal bebas termasuk cahaya matahari, pencemaran, asap kenderaan, asap rokok dan lain-lain. Antioksidan yang terdapat di dalam Vitamin C akan melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan cahaya matahari. Vitamin C juga mengurangkan kesan sunburn yang disebabkan oleh radiasi ultra ungu yang boleh boleh menyebabkan barah kulit dalam jangka panjang.


Melindungi dari perubahan warna kulit - Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fitokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelak penghasilan Pyrimidimers yang menajdi punca utama penghasilan masalah kulit.  

Memperbaiki tekstur kulit - Vitamin C melancarkan sistem peredaran darah dan kolagen menghasilkan saluran darah yang baik. Kulit yang sihat disebabkan saluran darah yang berada di bawah lapisan kulit membawa oksigen dan nutrien yang cukup. Kekurangan nutrien menyebabkan kulit kasar dan kering.  Krim yang mengandungi vitamin C meperbaiki rupa dan tekstur kulit. Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang akan melindungi, menebalkan dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel membantu mengekalkan kelembapan, meningkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit lebih gebu.


Manfaat vitamin C kepada kesihatan rambut :

Pertumbuhan rambut - Kekurangan vitamin C antara sebab pelbagai masalah rambut seperti rambut bercabang dan kering. Radikal bebas menyebabkan rambut mudah rosak menyebabkan ia mudah rapuh dan nipis. Keadaan ini membantutkan pertumbuhan rambut. Pengambilan makanan yang kaya dengan Vitamin C berupaya melindungi dari radikal bebas seterusnya menjadikan rambut lebih sihat, lebat dan kuat.  

Melawan kelemumur - Kelemumur dan kulit kering menyebabkan folikel rambut tersumbat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria pada kulit kepala dan membuang kelemumur. Sifat anti-viral pada vitamin C menghalang kegatalan dan kekeringan pada kulit kepala sekaligus membantu rambut tumbuh dengan lebih sihat.  

Mengurangkan keguguran rambut - Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal yang penting bagi menstabilkan hormon dalam badan. Ia penting bagi mengatasi rambut gugur dan mengalak rambut tumbuh dengan lebih banyak.


Rambut lebat - Rambut yang sihat dan lebat kerana peredaran darah yang lancar. Vitamin C membantu meningkatkan peraliran darah dan menguatkan kapilari darah.


Melawan masalah rambut - Vitamin C sangat penting bagi merawat masalah rambut. Pengambilan vitamin C yang cukup boleh membantu mengelakkan alopecia dan masalah rambut botak bagi orang lelaki.


Mengelak uban - Vitamin C juga penting untuk mengekalkan warna asal rambut dengan menghalang kesan-kesan penuaan pada rambut.


Manfaat vitamin C kepada kesihatan tubuh badan :

Antioksidan - Vitamin antioksidan yang paling berkuasa dan berkesan melindung tubuh daripada serangan radikal bebas yang boleh membawa kesan kepada kesihatan iaitu kesan oksiratif atau sel karat. Ia boleh menyebabkan atherosclerosis yang akan membawa kepada strok dan sakit jantung.


Antibodi/ Imunisasi - Jika vitamin C di ambil pada dos yang betul ia mampu melindungi tubuh badan daripada sebarang jangkitan penyakit termasuk memelihara kesihatan tulang dan gigi. Vitamin C juga berupaya meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan membantu luka cepat baik.  

Demam biasa - Vitamin C berupaya mengurangkan simptom demam di mana ia bertindak sebagai anti-histamin yang akan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti selsema, sakit badan dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam.


Tekanan darah Tinggi - Vitamin C berupaya merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko terkena penyakit tekanan darah tinggi.


Saluran darah - Vitamin C bertindak memastikan saluran darah mengembang dengan baik sekaligus mengelak risiko penyakit jantung, sakit dadam kolesterol tinggi dan atherosclerosis.


Keracunan plumbum - Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum di dalam darah secara mendadak. Bahaya keracunan plumbum kerana ia boleh menyebabkan masalah pembesaran turutama kanak-kanak kerana ia boleh menganggu prestasi pembelajaran, IQ lemah dan membantutkan proses tumbesaran kanak-kanak. Orang dewasa yang keracunan plumbum pula akan mengalami risiko tekanan darah tinggi dan buah pinggang gagal berfungsi dengan baik.


Kuruskan badan - Vitamin C terbukti membantu mereka yang ingin kurus dan mengawal berat badan secara ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi memasukkan diet yang tinggi vitamin C dalam makanan harian kerana kajian telah menunjukkan makanan yang kaya vitamin C ini boleh mengurangkan berat badan. Vitamin C boleh menurunkan paras insulin, menyimpan gula seterusnya menukar gula kepada lemak. insulin bertindak sebagai bahan bakar untuk mengurangkan berat badan.


Tekanan - Vitamin C membantu badan mengawal paras tekanan, hormon dan fungsi kartisol yang tinggi.


Katarak - Vitamin C penting bagi memastikan pupil mata berfungsi dengan baik. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan katarak iaitu kanta mata menjadi lebih tegap, penglihatan kabur dan juga boleh menyebabkan risiko buta bagi orang dewasa. Pengambilan vitamin C boleh menghalang dan mencegah katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.


Barah - Vitamin C sejenis vitamin antioksidan yang kuat dan ia boleh melindung sel dari kemusnahan DNA dan mutasi sekaligus mengelak dari terkena barah. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak terjadinya sel barah dalam badan. Vitamin C juga membantu menghasilkan semula vitamin E, vitamin antioksidan yang sangat berkuasa.


Tenaga - Vitamin C mampu mengimbangi sistem badan. Ia membantu menghasilkan dopamine sistem saraf dan membantu fungsi adrenal dalam peningkatan tenaga dalam badan.
Sakit jantung - Vitamin C menghalang radikal bebas daripada merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak dan kolesterol teroksida secara tidak langsung menghalang dari terkena sakit jantung. Mereka yang ada masalah tekanan darah tinggi disarankan mengambil vitamin C. vitamin C antara cara paling murah bagi menghalang risiko penyakit jantung dan strok.


Diabetes - Vitamain C boleh mengawal paras gula dan mengurangkan risiko penyakit Diabetes serta memulihkan simptom-simptom Diabetes.


Asma - Vitamin C boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam tubuh yang menyebabkan keradangan. Penyakit asma sangat digalakkan mengambil vitamin C terutama mereka yang kurang mengambil vitamin C dalam diet harian.


Penyembuhan luka - Vitamin C membantu menyembuhkan luka dengan lebih cepat dengan mempercepatkan pembentukan tisu-tisu baru. Jika luka anda lambat sembuh itu adalah antara tanda kekurangan vitamin C di dalam tubuh. Vitamin C juga meningkatkan keanjalan kulit.


KEISTIMEWAAN VITAMIN C SR SHAKLEE 

Vitamin C SEMULAJADI yang pertama dan bertindak secara SUSTAINED RELEASE atau pelepasan secara berperingkat bagi memastikan vitamin C sentiasa berada dalam tubuh badan. Bertindak melepaskan vitamin C sebanyak 100 mg setia jam untuk satu tablet. Dengan pengambilan 2 biji vitamin C Shaklee dalam jurang masa 5 jam ia mampu berkekalan dalam plasma darah selama 24 jam.

Vitamin C Shaklee juga mengandungi Bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan optimum vitamin C. Tiada pembaziran berlaku kerana semua vitamin C ini akan digunakan dan dilepaskan ke dalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan tubuh masing-masing. Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7.5 biji buah oren.







Hubungi Cik G untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee .



Nurzhiana Mohd Yunus


Shaklee Independent Distributor - ID 1085116


sms/whatsapp : 013-570 7812


FB Page : Ziana Beauty Shoppe



Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat. Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh menghubungi saya untuk pendaftaran ahli Atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1085116 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya. 







Sunday, November 30, 2014

Testimoni NutriWhite Shaklee #ShakleeEffect #23


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

Alhamdulillah sejak akhir-akhir ni ramai pulak yang bertanya pasal set skincare nutriwhite dari shaklee. Mungkin ada lagi yang masih tak tahu shaklee juga ada menawarkan set skincare nutriwhite dan enfuselle. Tapi hari ni cik G nak sharing pasal nutriwhite dulu.


Jom berkenalan dengan set nutriwhite dulu


Sama macam produk skincare lain, nutriwhite juga lengkap dengan cleanser, toner, essence, night cream, whitening lootion, treatment dan makeup remover.




Apa yang membezakan nutriwhite dengan skincare lain ialah :
  • Menggunakan ramuan dan bahan semulajadi untuk kulit lebih cerah sekata dan berseri
  • Bahan terbaik dan terpilih dari 16 buah negara yang berbeza
  • Dibangunkan dengan kerjasama saintis dan pakar kulit di Jepun dan Amerika Syarikat dan telah menjalani pembangunan produk selama 3 tahun
  • Kandungan vitamin C yang tinggi bagi mendapat kesan sepenuhnya tanpa risiko kesan sekunder

Satu pesanan dari cik G set nutriwhite ini lebih sesuai untuk kulit normal tanpa sensitiviti dan jerawat yang teruk kerana ia lebih kepada mencerah dengan kandungan vitamin C yang tinggi jadi ia tidak sesuai bagi jenis kulit yang sensitif dan berjerawat teruk.


Nak tahu lebih lanjut setiap set dalam nutriwhite ini boleh baca di sini


Cik G sendiri pun sekarang tengah pakai pencuci muka nutriwhite memang best sangat dan sekarang dah masuk 10 bulan untuk satu tiub tu.. tahan lama kan memang sangat berbaloi. Lepas cuci muka memang best bersih je rasa.


-
-
-


Apa kata pengguna nutriwhite shaklee pula ..

Testimoni #1


Testimoni #2


Testimoni #3


Testimoni #4


Testimoni #5


Testimoni #6

Testimoni #7


Testimoni #8


Testimoni #9


Testimoni #10


Testimoni #11


Testimoni #12


Testimoni #13


Testimoni #14


Testimoni #16


Testimoni #17









 









Hubungi Cik G untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee .



Nurzhiana Mohd Yunus


Shaklee Independent Distributor - ID 1085116


sms/whatsapp : 013-570 7812


FB Page : Ziana Beauty Shoppe



Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat. Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh menghubungi saya untuk pendaftaran ahli Atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1085116 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya.