Friday, February 28, 2014

NutriWhite Shaklee - 6 langkah penjagaan wajah (Kulit Cantik, Licin dan Berseri)

Assalamualaikum. Hari ini nak berkongsi langkah-langkah penggunaan Produk Penjagaan Wajah NutriWhite Shaklee. Set ini sesuai untuk kulit normal yang tiada masalah jerawat & sensitif teruk.


1. Membersih
~Gentle Action Make Up Remover & Gentle Deep Foaming Cleanser~
Cara Penggunaan : sapu pada kulit yang basah dan bilas dengan menggunakan air suam.
Fungsi : Kulit akan lebih bersih , licin, lembut, segar dan berseri, menyingkirkan sel kulit mati tanpa meninggalkan sisa

2. Memperbaharui
~Soothing Radiance Whitening Cleanser~
Cara Penggunaan : Tuang sedikit pada kapas & sapukan perlahan2 ke seluruh muka dan leher.
Fungsi : Memulihkan kulit pada keseimbangan PH semulajadi. Kulit akan jadi lebih anjal & segar serta lembut

3. Mencerahkan
~ Daily Defense Whitening Essence~
Cara Penggunaan : Apply pada keseluruhan wajah yang bersih, sapu sama rata ke seluruh muka dan leher
Fungsi : melicin, mencerahkan dan menegangkan. Membantu mengeluarkan pigmentasi, melembutkan dan mengurangkan tompokan gelap serta mengelakkan keosakkan akibat dari matahari. Mempunyai Vit c yang aktif untuk memperbaiki kulit

4. Merawat
~ Spot Whitening Treatment ~
Cara Penggunaan : Sapu sedikit ke kawasan gelap pada kulit, sekali @ 2 kali sehari. Elakkan dari tededah kepada cahaya matahari selepas penyapuan.
Fungsi : Berkesan untuk kurangkan kesan tompokan akibat matahari & jeragat.

5. Mencegah
~ Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 ~
Cara Penggunaan : Untuk kegunaan siang hari, sapu lembut dan ratakan ke seluruh muka & leher, elakkan dari kawasan mata.
Fungsi : Elak keradangan kulit, melindungi kesan buruk dari matahari dan membina Penentangan terhadap kerosakkan alam sekitar.

6. Menganjalkan
~ Overnight Renewal Whitening Cream ~
Cara Penggunaan : digunakan pada waktu malam, sapu perlahan keseluruh muka dan leher
Fungsi : Meremajakan kulit ketika waktu tidur dan anda akan bangun dengan kulit wajah yang lebih segar dan cerah

kredit - Mamafiyya 

Persoalan : mesti tengok banyak nya nak kena pakai.. jangan risau, tak perlu pakai semua pun boleh.. macam produk lain yang ada kat pasara tu, boleh pakai pencuci jer dulu. ada bajet lebih boleh cuba softener aka toner pulak.. dan tambah makeup remover.. sebab yang ini kita biasa pakai kalau beli mana-mana produk baru kan..







 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan produk SHAKLEE dan setiap pembelian bakal mendapat HARGA ISTIMEWA..

Nurzhiana Mohd Yunus

Shaklee Independent Distributor - ID 1085116

sms / whatsapp - 0135707812
FB Page: Ziana Beauty Shoppe



Set Penjagaan Kulit Shaklee: Nutriwhite vs Enfuselle

Assalamualaikum & Hi :)

Masih ramai yang tak tahu Shaklee juga ada produk kecantikan kulit untuk penjagaan wajah. Yang pastinya set penjagaan kulit Shaklee ini sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan 100% SEMULAJADI.
NUTRIWHITE
- Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15
- Overnight Renewal Whitening Cream
- Gentle Deep Foaming Cleanser
- Soothing Radiance Whitening Softener
- Gentle Action Makeup Remover
- Daily Defense Whitening Essence
- Spot Whitening Treatment

ENFUSELLE
- Hydrating Cleansing Lotion
- Purifying Cleansing Gel
- Hydrating Toner
- Purifying Toner
- Hydrating Moisturizer
- Balancing Moisturizer
- Eye Treatment

Perhatian: NUTRIWHITE - sesuai untuk kulit normal
(tiada masalah jerawat/berminyak yg serius)

- Formula khas tidak berminyak, menjadikan kulit wajah licin, lembut dan berseri
- Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
- Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit


- Mengandungi rumpai laut bagi menghilangkan kekotoran, membuang sel mati dan menegangkan kulit
- Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan kulit
- Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen


- Sangat berkesan, bertindak secara lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
- Menjadikan kulit lebih segar dan tegang dengan kandungan Rosemary,
- Kudzu yang menegangkan dan mencerahkan,
- Marshmallow yang melembapkan


- Cara yang menyenangkan untuk mendapatkan kulit muka yang licin berseri, diformulasi dengan lembut dan mudah diserap:
- Mengandungi Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit,
- Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen
- Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok hitam
- Mulberi untuk mencegah kerosakan kesan daripada cahaya matahari
- Vitamin C aktif untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah


- Pelembab yang melicinkan kulit
- Pelembap yang melindungi kulit daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari
- Membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran
- Kaya pati botani Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari
- Mengandungi Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit



Overnight Renewal Whitening Cream
- Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
- Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
- Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
- Vitamin C aktif bertindak mengurangkan tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah
- Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri gitu.
- Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
- Kuasa pencerahan botani daripada pati Likuoris dan Peony, juga melindungi serta menghilangkan radang kulit
- Cats Claw menegangkan kulit
- Vitamin C aktif membawa kecerahan baru untuk kulit dengan rawak wajah yang lebih halus


.
.
.
.
.

Perhatian: untuk set skincare ENFUSELLE ini lebih sesuai bagi meraka yang berumur 25 tahun ke atas DAN juga ada masalah kulit kering, berminyak, sensitif, menggelupas, sering naik jerawat.  


ENFUSELLE - Normal to Dry Skin
 Hydrating Cleansing Lotion
- Lotion pencuci campuran berkrim yang akan menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.
- Emolien yang kaya serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit halus, seimbang dan berseri
- Membantu mencerahkan tona kulit
- rumusan pH yang seimbang dan Hipoalergenik
 

Hydrating Toner
- Formula bebas alkohol dengan minyak pelembap semulajadi bagi melindungi dan melembapkan wajah.
- Meneutralkan Tindak Balas Yang Boleh Merosakkan Kulit
- Melegakan dan menyediakan kulit untuk rawatan Enfuselle.
 Terbukti secara klinikal :
- Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
- Rumusan dengan pH yang seimbang, tanpa alkohol yang menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
- Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit, menyucikan dan melembutkan dengan ekstrak witch hazel dan kamomil.

Hydrating Moisturizer
- Melembapkan Kulit Sehingga 24 Jam
- Krim tanpa minyak dan tidak melekit, kaya pelembap bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta-merta!
Terbukti secara klinikal:
- 102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
- 195% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
- 21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari
- Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan ia berterusan sehingga 24 jam
- Garis-garis halus berkurangan dengan ketara
- Hipoalergenik



ENFUSELLE - Normal to Oily Skin
Purifying Cleansing Gel
- Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.
- Mengandungi bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
- Mencerahkan tona kulit
- rumusan pH yang seimbang dan Hipoalergenik


 Purifying Toner
- Dengan Tiga Tindakan Untuk Menghentikan Kerosakan Pro-Oksida
- Merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle.
 Terbukti secara klinikal :
- Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
- Mengandungi pH yang seimbang dan Hipoalergenik
- Menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel
- Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit
- Membantu mengawal kulit berminyak


Balancing Moisturizer
- Formula Ringkas untuk Menyubur dan Melembapkan Kulit dengan segera
- Mengawal pengeluaran minyak pada wajah - menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat
Terbukti secara klinikal:
- 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
- 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
- 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
- Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
- Hipoalergenik



Eye Treatment
- Untuk semua jenis kulit
- Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan
- Serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus
Terbukti secara klinikal:
- 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
- 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
- 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
- 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
- Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
- Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
- Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
- Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.








Jika ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan produk SHAKLEE dan setiap pembelian bakal mendapat HARGA ISTIMEWA.

Nurzhiana Mohd Yunus

Shaklee Independent Distributor - ID 1085116

sms / whatsapp - 0135707812


Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat. Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh menghubungi saya untuk pendaftaran ahli Atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1085116 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya.


Sunday, February 23, 2014

Set D Set Kulit Cantik Shaklee | Testimoni saya sendiri

Assalamualaikum.. jom kenal kenal dengan Set D Set Kulit Cantik Shaklee yang famous yang terdiri daripada vitamin B Complex, vitamin C dan vitamin E.

Vitamin E 




Terkenal untuk mencantikkan kulit. Membantu mengurangkan dan memudarkan parut jerawat. Mencegah masalah pigmentasi yang menyebabkan jeragat. Melambatkan proses penuaan. Bersifat anti-penuaan, dapat mengurangkan garis-garis halus pada wajah

Vitamin E juga bagus untuk kesihatan. Ambik vitamin E nak dapat kulit cantik tapi dalam masa yang sama dapat jaga kesihatan jantung. Boleh elak pembentukan darah beku.

Bagi lelaki makan vitamin E untuk kesuburan. Membantu tingkatkan pengeluaran air mani. Dan dan dapat kulit cantik jugak. kira bonus la kan.

Manfaat lain, baik untuk kesihatan rambut. lancarkn peredaran darah, vitamin antioksidan boleh cegah kanser, kurangkn sakit time haid utk wanita. hmmm... best kan vitamin E ini.

Saya sendiri pun ambik vitamin E. untuk kurangkn parut thumbs up! parut makin berkurang.. tapi mesti ingat.. makan vitamin ini ambik masa. perlu sabar. bukan 'jamin 10 hari parut hilang'.. tak ada macam tu.. take time, mesti konsistent.

Vitamin C - terkenal dengan vitamin Cantik. Sesuai sangat kan.


Ramai yang ingat vitamin C untuk cantik je. Sebab vitamin C bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan. Ia juga meransang pembentukan kolagen secara semulajadi dalam tubuh. Vitamin C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen. Boleh mencerahkan kulit tapi mesti makan vitamin C setiap hari & berterusan yer.

Vitamin C juga terbaik untuk sistem imun. semua orang boleh makan. kalau jenis mudah selsema, asyik bersin pagi2, kena habuk sikit je bersin, makan je vitamin C. ini pengalaman saya sendiri. tapi kena ambik tiap tiap hari jugak la kan.

Vitamin C dan kesuburan. apa kaitan?
Tubuh yang sihat akan membantu menghasilkan sperma berkualiti. Vitamin C ini juga baik untuk ibu hamil. Vitamin C membantu menghasilkan kolagen yang sangat penting untuk pertumbuhan otot, tulang & tulang rawan bayi.. juga memboleh bantu serap zat besi & asid folik dengan lebih baik sebab ibu yang mengandung ambik zat besi dan asid folik kan. Badan ibu jugak sihat.

Khasiat lain Vitamin C - boleh bantu kawal paras kolestrol & tekanan darah.. mencegah & memperbaiki insomnia. best kan.. mula mula ambik vitamin C untuk dapat cantik.. last last lepas ambik dapat kesan lain gak. badan sihat. ini yang buat saya jatuh cinta dengan vitamin C ini.

Vitamin B juga terkenal dengan Vitamin cantik dan vitamin Cinta.



Vitamin cantik? 
Vitamin B2 (riboflavin) &B3 (niacin) terbaik untuk kesihatan kulit. Membantu menyekatakan warna kulit. kasi glowing gitu. Vitamin B complex ini juga berguna untuk mengawal stress dan membuatkan kita jadi gembira serta tenang. Jangan lupa yang stress jugak punca masalah untuk kulit berjerawat.

Kenapa vitamin cinta?
Sebab vitamin B6 penting untuk kesuburan. Hormon untuk pembiakan sangat bergantung kepada vitamin B6. Vitamin B complex juga lengkap dgn asid folik. asid folik akan membantu perkembangan otak bayi dlm kandungan, juga mencegah kecacatan janin. suami isteri boleh makan sekali. tiap hari makan lagi best.. insyaallah bagus utk membantu merancang kehamilan.
Yang lagi best, isteri bila terus makan, masa hamil sampai berpantang boleh teruskan makan vitamin B.

Satu lagi vitamin B boleh bantu kurus. boleh ke? bagi saya boleh.. even kesan agak lambat. Mula mula memang tak perasan langsung. saya perasan tang perut.. well ada perut buncit sikit hihi..
Kenapa boleh kurus? Vitamin B1(tiamin) fungsi dia untuk ubah makanan kepada tenaga. B3 (niacin) juga sama & B3 ini juga bantu sistem pencernaan. B5 (panthothenic acid) bantu dalam proses pemecahan lemak, protien & karbohidrat jadi tenaga. Jadi, makanan yang kita makan itu akan ditukar kepada tenaga.

Manfaat lain vitamin B complex shaklee ini, ia merupakan vitamin anti stress, penenang semulajadi, penting untuk tumbesaran, kesihatan mata, mencegah anemia, meredakan senggugut (yang ini memang best saya dah rasa), meredakan alahan.

BEST TAK BEST.. TERBAIK KAN.. Lagi-lagi vitamin Shaklee ini yang sememangnya sentiasa SEMULAJADI, sentiasa SELAMAT dan sentiasa BERKESAN. 







---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan produk SHAKLEE dan setiap pembelian bakal mendapat HARGA ISTIMEWA..


Nurzhiana Mohd Yunus

Shaklee Independent Distributor - ID 1085116

sms whatsapp - 0135707812


Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat. Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh menghubungi saya untuk pendaftaran ahli Atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1085116 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya.
 




Friday, February 21, 2014

Omega Guard shaklee untuk kurus (baik untuk minda kanak kanak ) : Cara makan Omega Guard



Assalamualaikum..

Hari ni saya nak berkongsi kebaikan Omega Guard untuk minda dan kurus.

Omegaguard ni kaya dengan sumber DHA dan EPA terbaik untuk kesihatan, orang dewasa dan kanak kanak. Omegaguard digelar minyak ikan terbaik di dunia. Sumber Omegaguard ialah ikan dari air laut sejuk di perairan negara Jepun.

Omegaguard Saklee ni kaya dengan asid lemak omega 3 dan ia bebas dari pencemaran logam berat. Sebab apa? Sebab Shaklee menggunakan proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekalkan ketulenan dan sifat semulajadi asid lemak omega-3 dan menyingkirkan bahan yang berbahaya kepada kesihatan seperti arsenik, dioksin, kadmium, merkuri, plumbum, dan PCB. Memang ketat piawaian Shaklee ni kan.


Untuk kanak kanak Omegaguard ni sangat bagus untuk minda sebab ia lengkap dengan EPA dan DHA. Untuk sistem imun kanak kanak juga bagus.


Bagaimana cara makan untuk kanak kanak ??
Kanak kanak bawah 1 tahun boleh makan melalui susu ibu (untuk ibu menyusu yang makan Omegaguard).
Kanak kanak yang berumur 1 tahun dan ke atas boleh diberi Omegaguard.
Kanak kanak boleh makan 1capsul jer sehari. Capsul dia ni gel lembut jadi mudah larut.
Kalau yang tak boleh makan terus tu, ibu boleh cucuk Omegaguard dan beri terus kepada kanak kanak guna sudu ke contohnya.
Kalau jenis yang tak boleh telan atau memilih boleh campur dalam makanan atau minuman mereka.

Untuk orang dewasa Omegaguard bagus untuk membantu diet/pengurusan berat badan.

Sebab omega 3 berfungsi meningkatkan hormone leptine yang mengawal selera makan. leptin juga dapat meningkatkan kadar metabolisme badan dan pembakaran lemak jadi lebih cepat. 


Bagaimana cara makan Omegaguard untuk kurus bagi orang dewasa??
Omegaguard tak boleh makan lebih daripada 3 biji sehari. Nak makan 1 biji lepas sarapan, 2 biji lepas makan tengahari tau makan malam boleh jugak.

Ambil lepas makan supaya dapat kenyang lebih lama. Tapi jangan makan masa perut kosong.


Selain tu, Omegaguard ni banyak manfaat lain dia..

- Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
- Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
- Mencegah salur darah dari tersumbat
- Omega 3 dapat mengelakkan strok
- Mengekalkan tekanan normal darah
- Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
- Mengurangkan sakit kepala
- Merendahkan kolestrol
- Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
- Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
- Mengawal masalah obesiti
- Mengurangkan risiko penyakit jantung
- Sangat bagus untuk ibu hamil kerana DHA membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dalam kandungan
- Membantu menyihatkan paru-paru
- Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti ekzema, psoriasis, etc
- Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
- Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
- Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
- Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
- Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
- Memelihara fungsi-fungsi sendi
- Mencegah penyakit gout






Hubungi Cik G untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee .



Nurzhiana Mohd Yunus


Shaklee Independent Distributor - ID 1085116


sms/whatsapp : 013-570 7812


FB Page : Ziana Beauty Shoppe



Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat. Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh menghubungi saya untuk pendaftaran ahli Atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1085116 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya.




Tuesday, February 18, 2014

Performance Minuman Hebat untuk Seisi Keluarga (Minuman pilihan ahli angkasawan dan para atlet )

Assalamualaikum.. Selamat Sejahtera semua ..


Jom baca sekejap sejarah Performance Drink ini;

Perbezaan Shaklee

Pertama kali dihasilkan pada 1980-an oleh saintis Shaklee dan Universiti Yale bagi membantu projek penerbangan Daedalus (human-powered flight programme). Performance merupakan minuman sukan pertama bagi para atlet di Amerika Syarikat. Melalui perkasaan produk Performance dari Shaklee, penerbangan Daedalus telah mencipta rekod sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia yang terjauh iaitu 72 batu dan rekod ini masih bertahan hingga kini.

Performance juga telah direka khusus untuk para angkasawan NASA, Amerika Syarikat. Para atlet bertaraf antarabangsa dan pengembara terkemuka memilih Performance sebagai pilihan utama mereka. Minuman ini telah banyak membantu mereka dalam mencipta rekod dunia baik dalam dunia sukan mahupun aktiviti pengembaraan.

Ujian klinikal telah membuktikan rumusan ekslusif OptiCarb yang sudah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh. Berbanding minuman sukan yang lain, Performance mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.

Manfaat utama:

Meningkatkan daya ketahanan badanmemberi tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang semasa latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.

Membekal tenaga dan daya ketahanan fizikal – ia membantu mengimbangi dan menbekalkan slektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisma air dalam tubuh. Ia juga mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus ,agnesium dan chloride. Produk ini turut dirumus eklusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetap di kawasan tropika dan aktif dalam kerja seharian.

Mencegah penyahhidratanmengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembapkan kulit dan kelihatan muda.

Mengekalkan paras gula – ia terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan penyembuhan akibat kecederaan otot.


Mengapa Performance Drink Shaklee??
Bebas gas atau tidak berkarbonat.
Kurang kandungan gula (less sugar).
✔ Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – KURANG HAUS!
✔ Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT!

 Siapa yang sesuai dan memerlukan Performance Drink Shaklee :
-Ibu yang menyusu
-Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan.
-Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.
-Yang menghidap gout.
-Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
-Yang sering diserang sakit kepala atau migrain.
-Anak-anak yang demam.
-Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.
-Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan gula berlebihan.


Cara minum :
untk sarapan - boleh dicampur bersama dengan ESP, Meal Shake.
untuk latiham - campurkan 2 sudu besar dalam 500ml air dan minum 1 jam sebelum mula latihan fizikal, tiap 30 minit waktu latihan fizikal.Minum lagi 1 jam lepas itu selepas latihan fizikal untuk penyahhidratan dan mengembalikan tenaga.
boleh juga dicampur dengan air sejuk.. rasa2 macam minum 100 plus tu.. tapi yang ini berperisa Oren.. 






-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan produk SHAKLEE dan setiap pembelian bakal mendapat HARGA ISTIMEWA.


Nurzhiana Mohd Yunus
Shaklee Independent Distributor - ID 1085116
sms/ whatsapp - 0135707812
FB: Vitamin Cantek Sihat
FB Page: Ziana Beauty Shoppe


Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat. Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh menghubungi saya untuk pendaftaran ahli Atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1085116 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya.


Monday, February 17, 2014

Wanita [Jaga kebersihan Miss V]

Organ ini selalu terlindung.. tapi.. organ ini sangat pentingg kepad wanita.. peliharalah miss V dengan penjagaan terbaik dan teliti... bagi memastikan organ ini sentiasa bersih dan segar.. diri pun selesa..



Tip-tip:

Bersihkan miss V dengan air bersih lepas membuang air kecil atau besar. Keringkan guna tisu lembut dan tidak beraroma.

Sebaik-baiknya tukar seluar dalam paling kurang 2 kali sehari (kalau waktu siang) sebab kawasan miss V ini sangat sensitif dan lembap. Mudah dijangkiti bakteria.

Pilih seluar dalam yang jenis cotttoon (berasaskan kapas) untuk serap peluh di kawasan miss V.

Kurangkan pakai seluar yang ketat-ketat. Ia boleh sebabkan sirkulasi pada kawasan miss V.

Jika pergi tandas awam, pastikan tandas BERSIH dan ada AIR. Tandas yang kotor kemungkinan besar ada bakteria dan ia boleh mengjangkiti tubuh. Lepas itu, bersihkan miss V dengan bersih dan keringkan dengan tisu.

Jika masa datang bulan (haid) rajin-rajin tukar tuala wanita. Kalau lagi kerap lagi bagus. Paling kurang 3 hingga 6 kali sehari. Kes darah haid terlalu banyak keluar, biasa awal-awal datang kan, tukar tiap 2-3 jam. Sebab kuman/bakteria paling mudah menjangkiti miss V dan kawasan sekitar, lagi-lagi masa proses menstrual.

Tuala wanita pilih yang jenis lembut dan selesa. Takut nanti pilih sesuka hati asal murah tapi boleh menjejaskan kesihatan dan miss V.

Guna panty liner bila perlu saja.

Jangan guna bedak atau mana-mana haruman pada Miss V untuk tujuan harumkan bahagian ini. Ia boleh mengundang kulat pada kawasan miss V.



Sama-sama kita pelihara dan menjaga kebesihan Miss V..
Salah satu kesan jika tak pelihara miss V boleh sebabkan KEPUTIHAN.





 **************************************
 Nurzhiana Mohd Yunus
Shaklee ID : 1085116
SMS / WHATSAPP : 013-5707812
Fb : Ziana Beauty Shoppe


UBAT atau SUPPLEMENT?

Kebanyakan masih ramai dikalangan kita yang tidak faham perbezaan Ubat dan Supplement..

Jom kenali PERBEZAAN antara UBAT dengan SUPPLEMENT.

Medicine ( Ubat )
1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.
2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.
3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.
4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.
5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.
6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh.
7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.
8. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar. seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.
9. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.
10. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.

Supplement ( Vitamin )
1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.
2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.
3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.
4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.
5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.
6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.
7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya memberi kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.
8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.
9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.
10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.

RINGKASANYA...

Ubat di ambil masa kita sakit sahaja...

Supplement boleh diambil bila-bila masa.. flexible... dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement...

Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat....

Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit....

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA......





-------------------------------------------------------
 
Nurzhiana Mohd Yunus
Shaklee ID : 1085116
SMS / WHATSAPP : 013-5707812
Fb Page : Ziana Beauty Shoppe



Friday, February 14, 2014

BAHAYA STEROID DALAM UBAT HERBA [Barhati-hati dalam memilih ubat untuk rawatan sendi]

Bila sakit mestilah jumpa doktor kan. Lepas tu doktor akan bagi ubat semua tu. Tapi, ada juga yang bila dah sakit, dah selalu jumpa doktor, tiba-tiba hari tu malas nak jumpa doktor, pergilah farmasi atau kedai ubat.. apa lagi beli sendiri lah ubat tu kan. ‘Hari ni saya nak beli ubat herba lah pulak’. Ramai cakap ubat herba ni bagus.. brand apa? Macam-macam brand ada..

Tapi tapi tahu tak kita.. mesti ramai tak tahu kan.. ubat herba ada yang ada kandungan steroid.

Jom baca kisah bawah ni, saya amik dair FB Dr Zubaidi.

"SALAM doctor, saya pesakit gout dan sedang mengamalkan ubat herba. Sangat mujarab dan sakit saya telah hilang sepenuhnya. Cuma saya perasan berat saya bertambah. Adakah ubat herba seperti ini boleh diamalkan dan berkesan untuk penyakit gout saya?”

Ini jawapan Dr Zubaidi,
Waalaikummussalam.

Saya percaya “ubat herba”yang diamalkan oleh saudara mengandungi steroid.

Pihak berkuasa telah banyak melakukan serbuan dan rampasan ubat yang mengandungi steroid berbahaya. Kebanyakan ubat ini dijual untuk merawat sakit sendi.


Biar pun rampasan demi rampasan dilakukan, namun masih banyak ubat-ubat yang dijual semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Pembuat ubat ini selalunya berselindung atas nama ubatan herba semulajadi untuk melegakan kesakitan.

Padahal banyak kesan sampingan yang boleh didapati dari ubat-ubat tiruan yang mengandungi steroid. Antaranya ialah peningkatan berat badan secara tiba-tiba.

Tanpa disedari, ginjal mereka turut menjadi rosak dan boleh mengalami pendarahan dalam perut. Pengguna juga boleh mendapat penyakit kencing manis serta penyakit tekanan darah tinggi.

Walaupun rasa sakit sendi akan berkurangan, namun ia menyebabkan tulang menjadi rapuh dan menyebabkan patah.

Terdapat juga pesakit yang biasa diberi steroid oleh doctor seperti pesakit rheumatic, gout dan asma, tetapi mereka mendapat dos yang terkawal.

Jadi jika menggunakan sebarang “ubat herba” untuk melegakan sakit sendi seperti gout, dalam masa yang sama mengalami penambahan berat badan dan muka menjadi tembam secara tiba-tiba, berkemungkinan, “ubat herba”yang digunakan telah dicampur dengan steroid bagi mendapat kesan yang cepat.

Berlainan dengan ubat steroid yang diberikan oleh doctor, kebanyakan "├╝bat herba" yang dicampurkan steroid ini mengandungi dos yang tinggi sehingga memberikan kesan sampingan yang teruk.
Wallahu a’lam.

Itu jawapan daripada Dr Zubaidi. Steroid memang bahaya kan jika ambil tak ikut dos yang betul.

Sekarang dah tahu kan. Jadi berhati-hatilah dalam memilih ubat. Terutama yang suka beli ubat tanpa guide doktor anda. Bukan ubat untu sakit sendi jer.. macam-macam sakit la..

Kalau dapat elakkan, bila sakit sikt makan ubat.. ubah gaya hidup dengan makan makanan berkhasiat. Amalkan gaya hidup sihat.Hidup sihat permulaan kesihatan yang sihat.
Badan kita ni milik Allah. Allah Cuma beri pinjam kepada kita. Bila sampai masa nanti Allah akan ambil balik. Sementara masih bernafas ni, jom jaga badan kita. jaga sendi. jaga HATI.



Nurzhiana Mohd Yunus
Shaklee Independent Distributor - ID 1085116
sms.whatsapp - 0135707812
FB Page: Ziana Beauty Shoppe




Wednesday, February 12, 2014

Set Family Wellness Shaklee [Set Kesihatan untuk seisi Keluarga]

Set untuk seisi keluarga. Satu keluarga dapat manfaat kesihatan dan kebaikan bersama.


Supplement asas untuk memulakan hidup yang sihat dan bertenaga ialah:

B-Complex
B-Complex Shaklee dilengkapi dengan semua 8 jenis vitamin B termasuk asid folik dan 100% biotin untuk mendapat keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Manfaat utama vitamin B;
Menghasilkan dan menambah tenaga, membantu kemampuan berfikir, mengelakkan penyakit beri-beri, membantu proses tumbesaran (juga baik untuk merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak, baik untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut, penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf, mencegah dan mengawal stress dan tekanan, menguatkan sistem imun tubuh, amat penting untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik, diperlukan dalam pembentukan protein asid amino, mencegah perlcche atau rekahan mulut, mencegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau, membantu meredakan senggugut dan alahan, untuk memproses dan memperbaiki sel-sel darah merah serta membantu mencegah anemia.

Vitamin C (Sustained Release Vita-C 500mg)
Keistimewaan vitamin C Shaklee - Vitamin C pertama yang bertindak secara ‘Sustained release’, bertindak melepaskan vitamin c secara perlahan untuk setiap jam. Satu tablet vitamin C membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7. 5 biji oren.

VitaminC sangat terkenal membantu meningkatkan sistem imun tubuh, disamping mencegah dan memerangi kanser, memperbaiki masalah sistem pendarahan, lebam-lebam di badan, mempercepatkan penyembuhan luka, mengekalkan kolestrol sihat, membantu dalam menghasilkan kolagen semulajadi badan, membantu penghasilan protin untuk sistem immuniti tubuh, membantu penghasilan hormon, mencegah penyakit katarak mata, baik untuk kulit sihat dan cerah, membantu dalam proses detoksifikasi bahan –bahan pencemar didalam badan seperti bahan logam berat dan banyak lagi.

ESP (Energizing Soy Protien)
ESP adalah protein soya yang sangat berkualiti tinggi dari soya non-GMO. ESP lengkap dengan 22 asid amino yang diperlukan tubuh termasuk 9 asid amino penting yang tak dapat dihasilkan tubuh.

Sebelum tu, Kenapa protien penting?
Protien sangat penting kepada badan. Ia merupakan komponen penting untuk sel. Protien akan membaikpulih sel-sel lama dan yang dah mati dengan sel-sel baru yang sihat. Protien juga penting dalam meningkatkan sistem imun, memelihara jantung dan membentu pengaliran oksigen ke seluruh tubuh. Badan kita banyak terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel.

Manfaat ESP :
Membantu meningakatkan sistem imun badan, menganjalkan kulit, menjadikan kulit wajah cantik, halus, berseri, mengurangkan kesan parut jerawat dan jeragat di muka, membantu mengawal paras kolestrol badan, memelihara kesihatan jantung dan prostat, membantu dalam penyerapan vitamin yang lebih optimum dan memberi rasa kenyang lebih lama so, boleh mengawal nafsu dan selera makan.

Vitalea Iron Formula
Vitalea ialah multivitamin dan mineral paling lengkap dan tertua. Vitalea Shaklee lengkap dengan iron(zat besi). Setiap tablet Vita-Lea mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang oleh sains terbaik Shaklee. Vitalea ini dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa dalam diet harian.

Manfaat Utama Vitalea :
Untuk kesihatan mata, perlindungan antioksidan, membantu pertumbuhan & pembesaran, baik untuk kesihatan tulang, kesihatan sistem respiratori, baik untuk kulit cantik & sihat, membantu melancarkan peredaran darah, pembekal tenaga segera, vitamin anti-stress & penenang semulajadi, membantu menguatkan memori, kecerdasan mental, baik untuk penghadaman, sakit kepala & migrain, masalah nafas berbau, membantu melegakan simptom PMS, membantu mencegah penyakit batu karang, buah pinggang, diabetes, membantu melegakan kesakitan akibat anoreksia & artritis, dan juga sesuai untuk ibu hamil/mengandung/menyusu.


*** Selain mengambil supplement.vitamin, pemakanan harian yang sihat juga harus diamalkan. Amalkan gaya hidup sihat, keluarga sihat, bebas penyakit. InsyaAllah..





------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan produk SHAKLEE dan setiap pembelian bakal mendapat HARGA ISTIMEWA..

Nurzhiana Mohd Yunus
Shaklee Independent Distributor - ID 1085116
0135707812
FB: Vitamin Cantek Sihat
FB Page: Ziana Beauty Shoppe

Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat. Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh menghubungi saya untuk pendaftaran ahli Atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1085116 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya.

 "pengambilan nutrisi shaklee salah satu usaha kita untuk meningkatkan kesihatan yakni kita juga perlu doa dan tawakal pada-Nya"

"sihat cantik bersama shaklee"