Thursday, April 24, 2014

Petua hilangkan lingkaran hitam atau eye bag bawah mata




"Lingkaran hitam" atau gelap juga digelar “eye bag”. Cik Gee tahu masalah eye bag ini sangat mengganggu golongan wanita khususnya yang sangat mementingkan kecantikan.


Apa yang menyebabkan eye bag ini terjad?


  • Penuaan
Kulit halus dan nipis di bawah mata akan semakin menipis bila bertambahnya usia. Pembuluh darah juga akan lebih menonjol dan menyebabkan lingkaran hitam di bawah mata.

  • Faktor Genetik
Genetik juga memainkan peranan terjadinya lingkaran gelap di bawah mata.

  • Kekurangan nutrisi
Lingkaran gelap di bawah mata boleh berlaku disebabkan oleh kekurangan nutrisi dalam diet harian seperti kekurangan Vitamin A, C, K dan E. Pengambilan vitamin dalam diet harian mampu membantu mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata.

  • Kurang tidur
Kurang tidur juga boleh menjadi punca berlakunya lingkaran hitam di bawah mata. Pastikan anda mengamalkan tidur yang mencukupi (6 jam untuk dewasa, 8 jam untuk kanak-kanak).

  • Merokok dan minuman beralkohol
Lingkaran hitam di bawah mata juga biasanya boleh menjadi petanda kurangnya air dalam tubuh badan dan terlalu banyak mengambil minuman beralkohol ataupun berkafein.

  • Sinaran UV
Kulit yang sentiasa terdedah dengan pancaran sinaran matahari yang berlebihan akan menyebabkan melanin dihasilkan dengan lebih banyak. Sewaktu penghasilan melanin ini yang berlaku pada lapisan epidermis, kulit akan berubah menjadi lebih gelap (coklat).

  • Perubahan hormon
Perubahan hormon yang berlaku ketika kehamilan atau ketika menstruasi juga akan menyebabkan lingkaran gelap di bawah mata.

  • Alergi
Salah satu penyebab lain adalah disebabkan alahan dan alergi kepada sesuatu makanan/bahan lain yang menyebabkan kegatalan di bawah mata. Lingkaran gelap akan muncul sekiranya selalu menggaru dan menggosok mata dengan kerap.




Petua hilangkan tanda hitam di bawah mata : 


  • Banyakkan meminum air kosong
Lebih lebih lagi jika anda seorang aktif melakukan pelbagai aktiviti. Pengambilan air kosong amat baik untuk menjaga kesegaran kulit mata.

  • Makan sayur-sayuran hijau
Andainya anda kurang nutrisi, mulai sekarang tambahkan sayuran hijau dan makanan yang kaya dengan antioksidan dalam menu harian. Sayuran bewarna hujau seperti bayam, kangkung, sawi dan sebagainya kerana ia sangat kaya dengan beta karotin yang baik untuk mata. Sayur-sayuran berwarna oren dan merah seperti lobak merah, tomato dan labu juga mengandungi beta karotin yang sangat tinggi.

  • Gunakan timun atau tomato
Hirisan timun ataupun tomato boleh anda tekapkan pada kedua-dua mata selama beberapa minit. Ataupun boleh tekapkannya semalaman sebelum masuk tidur.

  • Gunakan krim pelembap khas untuk lingkaran mata
Krim pelembap boleh membantu melembap dan menghilangkan lingkaran gelap di bahagian bawah mata. Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara.

  • Menggunakan uncang teh
Komponen yang terkandung dalam uncang teh dikatakan mampu mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata. Caranya, basahkan uncang teh dengan air suam dan letakkan pada mata selama lebih kurang 10 minit.

  • Air Mawar
Air mawar juga dikatakan mampu membantu mengurangkan lingkaran gelap dan kedutan di sekitar mata. Caranya, letakkan beberapa titik air mawar pada kapas muka dan digosok pada sekitar mata dengan lembut. Lakukan selama 5 minit setiap hari selama 2 hingga 3 minggu.

  • Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil)
VCO dikatakan mampu mengatasi permasalahan lingkaran gelap di bawah mata. VCO mampu mengekalkan kelembapan di sekitar mata dan dapat mengurangkan noda hitam dan garis-garis halus di sekitar mata.

  • Melakukan senaman mata adalah sangat baik untuk kesihatan mata. Caranya dengan mengerdipkan dan memejamkan mata anda kerana ia mampu mengurangkan keradangan dan rasa letih pada mata.

  • Amalkan pengambilan buah beri dan prun. Kebanyakan buah-buahan yang berwarna ungu ini sangat kaya dengan sebatian yang di kenali sebagai ‘anthocyanidins’ yang terbukti memberi manfaat pada kesihatan mata. 


-
-
-



Cik Gee nak kongsi juga cara menghilangkan lingkaran hitam atau eye bag dengan lebih mudah iaitu dengan mengamalkan supplement dari Shaklee, antara cadangan dari cik gee :


Gabungan 5 karotenoid yang paling berkhasiat iaitu karotena, astaxanthin,  beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah perlindungan antioksida yang lengkap. Ia mengandungi estrak unik dari tomato, biji benih anggur, minyak kelapa sawit, bunga Marigold dan tunas brokoli. 
Vitamin awet muda. Ia sangat membantu mereka yang ada masalah kulit berminyak, tompok hitam dan bekas parut pada kulit. Menarinya vitamin E Shaklee ini boleh dibuat masker. Boleh sapu minyak vitamin E di sekitar mata atau kawasan muka. 


Vitamin asas untuk kecantikan. Kerana vitamin C ini membantu merangsang pembentukan kolagen dalam tubuh. Kulit yang cukup kolagen akan lebih anjal, kurang kedutan dan nampak lebih muda. 


Eye Treatment yang tidak melekit dan tidak berminyak. Ia boleh disapu pada sekitar mata setiap hari. Pengambilan yang konsisten pasti akan memberikan hasil yang memuaskan. Eye Treatment membantu mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.


Supplement kolagen terbaik dari Shaklee. Ia berkesan mengurangkan kesan hitam bawah mata. Pengambilan selama 8 minggu berturut turut (3-4 kotak collagen powder) akan memberikan hasil kepada kulit yang lebih gebu dan cantik berseri.


6. Overnight Renewal Whitening Cream #NutriWHite
Krim malam terbaik untuk mengurangkan lingkaran hitam di sekitar atau bawah mata. Kandungan vitamin C aktif membantu mengurangkan tompok hitam dan menjadikan wajah lebih berseri. Dan Scullcap menghilangkan keradangan pada kulit seterusnya menjadikan kulit cerah sekata.





Jom .. cik gee nak share apa kata mereka #ShakleeEffect















Jika ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan produk SHAKLEE dan setiap pembelian bakal mendapat HARGA ISTIMEWA..


Nurzhiana Mohd Yunus

Shaklee Independent Distributor - ID 1085116

013-5707812

FB Page: Ziana Beauty Shoppe