Thursday, July 17, 2014

Khasiat Epal Hijau

Assalamualaikum

Mungkin ramai yang kurang menyukai epal hijau ini kerana rasa dia yang agak masam tidak seperti epal lain yang berwarna merah yang biasa kita makan.

Tahukah anda bahawa sebiji epal hijau ini mengandungi pelbagai khasiat untuk kesihatan. Epal hijau ini juga salah satu menu harian bagi mereka yang ingin berdiet atau menguruskan badan. Epal hijau ini hampir tanpa lemak dan kolesterol.

Jom ketahui khasiat epal hijau
Kaya dengan sumber mineral dan vitamin
Epal hijau ini mengandungi vitamin A, B dan C. Ia sangat penting kepada kulit dalam membantu melindungi kulit daripada kesan berbahaya seperti radikal bebas selain membantu mengekalkan kulit berseri dari dalam.

Kaya dengan karbohidrat

Epal hijau juga kaya dengan karbohidrat iaitu dianggarkan 22 gram per 154 gram epal. Karbohidrat adalah sumber utama badan . Karbohidrat yang ditambah dengan serat dapat menggalakkan rasa kekenyangan yang lebih lama.

Tinggi kandungan serat

Sebiji epal hijau yang sederhana besar dikatakan mengandungi 5 gram serat. Serat membantu penghadaman di dalam tubuh badan sekaligus mengelakkan seseorang daripada terkena sembelit atau sukar membuang air. Serat juga membantu membersihkan sistem badan dan meningkatkan metabolisme badan. Selain itu, epal hijau jug mengandungi kalium yang membantu membuang air berlebihan dalam badan kerana ia mempunyai kesan ‘diaretic’.

Khasiat lain

Epal hijau ini juga tinggi anti-oksidan dan ia dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat. Zat fitokimia di dalam epal hijau inilah yang akan bertindak melawan kolesterol jahat.

Sebuah kajian di Finland tahun 1996 membuktikan zat fitokimia dapat mengelakkan seseorang terkena serangan penyakit. Selain itu, zat fitokimia yg terdapat pada kulit epal ini, menurut sebuah penelitian di Cornell University Amerika Syarikat, bermanfaat mengelakkan pertumbuhan sel kanser usus sebanyak 43 peratus.

Epal hijau ini juga bagus untuk wanita. Menurut kajian, epal hijau dapat membantu tubuh wanita mempertahankan kadar estrogen pada saat menopouse. Gangguan penyakit saat menopouse seperti ancaman penyakit jantung atau kerapuhan tulang kerana rembesan hormon estrogen yg berkurangan boleh di cegah dengan zat yang terdapat dalam buah epal terutamanya epal hijau.

kredit www.wom.my








Nurzhinan Mohd Yunus | Shaklee Independent Distributot [ID : 1085116]

SMS WHATSAPP : 0135707812 | FB Page : Ziana Beauty Shoppe



Wednesday, July 16, 2014

Tip Pemakanan di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum


Selamat menjalankan ibadan puasa di bulan ramadhan yang mulia ini. Semoga semuanya sihat walafiat.

OK. Di sini sayan ingin berkongsi beberapa tips pemakanan di bulan ramadhan ini. Semoga ia bermanfaat untuk semua. Masih tak terlalu lewat kan untuk perkingsian ini .. hihi


Semasa waktu bersahur pagi

  • Sebaiknya makan setengah jam sebelum masuk waktu imsak.
  • Pilih makanan yang tinggi kandungan serat seperti oat, roti gandum penuh, balri dan beras perang misalnya bagi tujuan membekal tenaga untuk sepanjang hari berpuasa.
  • Jangan lupa juga mengambil sayururan dan buahan serta protien seperti ayam, ikan, telur, daging.
  • Minum air suam yang cukup.
  • Elakkan makanan yang telah digoreng pada malamnya atau digoreng semula kerana ia boleh menyebabkan pertambahan kalori.

BERSAHUR untuk berpuasa termasuk sunnah Nabi Muhammad saw. Sahur bermaksud makanan atau santapan yang diberkati. Bersumber daripada Aisyah, beliau berkata: " Rasulullah saw bersabda:  Bawalah kepadaku santapan yang diberkati itu, iaitu sahur. Kadang-kadang Rasulullah makan sahur hanya dengan dua biji kurma."

Semasa waktu berbuka puasa / iftar
  • Sebaiknya pilih makanan yang manis bertujuan mengembalikan semula paras gula normal dalam darah. Paling elok makan buah kurma terlebih dahulu kerana kurma kaya dengan serat, vitamin, mineral dan tenaga.
  • Cuba ambil makanan yang ringan dahulu. Ini bagi tujuan mengelak aktiviti gastrik secara mendadak.
  • Selepas solat maghrib boleh mengambil sajian makan malam dan kudapan laian atau snek yang sihat diambil lepas mengerjakan solat terawih.

Sepanjang bulan puasa ini, kita juga harus menjaga pemakanan dan minuman. Misalnya,
  • Elak makan secara berlebihan.
  • Elak mengambil minuman berkafein seperti kopi dan teh.
  • Kurangkan atau elak jika boleh mengambil makanan yang berempah dan pedas.
  • Kurangkan atau elak jika boleh mengambil makanan bergoreng, berlemak dan makanan yang tinggi kandungan gula serta garam kerana ia kurang sihat untuk kesihatan.
  • Kurangkan atau elak jika boleh mengambil makanan ringan atau makanan yang diproses.
  • Banyakkan minum air suam.


SELAMAT BERPUASA DARI SAYA !!


kredit to KKM





Tuesday, July 15, 2014

GLA Membantu Meningkatkan Kesuburan Wanita

Assalamualaikum



Kesuburan sangat penting bagi setiap orang terutamanya pasangan yang telah mendirikan rumah tangga. Setiap pasangan tentunya inginkan keluarga bahagia yang lengakap dengan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri. 


Bagaimana GLA membantu meningkatkan kesuburan wanita ?

Apa itu GLA?

GLA atau nama panjangnya Gamma-Linolenic Asid. GLA merupakan sejenis asid lemak omega-6. GLA sangat penting dalam pembentukan prostaglandin iaitu sejenis enzim yang digunakan untuk mengawalatur perembesan hormon dan sekaligus bertindak memastikan proses badan kita normal dan teratur.

GLA telah digunakan secara tradisional bagi mengatasi masalah seperti senggugut, haid yang tak teratur dan merawat simptom-simptom menopaus, kecantikan kulit dan juga kesuburan.

Apa peranan GLA dalam kesuburan khususnya kesuburan wanita
  • GLA membantu menstabilkan hormon dan mengawal atur kitaran haidn wanita. Kitaran haid yang teratur sangat penting bagi seorang wanita dalam usaha untuk mengawal hari subur, secara tak langsung ia meningkatkan peluang kehamilan.
  • GLA membantu menghasilkan mukus serviks berkualiti. Mukus serviks yang berkualiti membantu pergerakan sperma menuju ke uterus dan berlaku persenyawaan ovum. Malah, jangka hayat sel-sel sperma dapat hidup lebih lama dalam tiub Fallopio sehingga 5 hari sebelum ovulasi berlaku.
  • GLA membantu mengatasi masalah senggugut wanita. Menurut kajian, senggugut berlaku kerana kekurangan GLA yang seterusnya membawa kepada simptom senggugut seperti kejang pada otot rahim dan kawasan sekitarnya. 
  • GLA membantu menguatkan Placenta dan meningkatkan lapisan Uterus sekaligus membantu mengekalkan persekitaran baik bagi telur yang akan dipersenyawakan. 
  • GLA boleh ditukar kepada Prostaglandin (sejenis enzim yang mengawalatur hormon reproduktif wanita) , yang berperanan penting membantu mengurangkan keradangan di mana ia boleh menghalan proses persenyawaan telur oleh sperma. Keradangan dikatakan antara punca masalah Endometriosis dan masalah kesuburan yang lain.

GLA bukan hanya untuk wanita sahaja, GLA juga bermanfaat untuk lelaki.

GLA juga dikatakan membantu mengurangkan keradangan yang biasa berlaku dalam sindrom arthritis rhematoid dan ECZEMA. Selain itu GLA membantu mengurangkan sakit dan kebas yang berkaitan dengan masalah kencing manis. GLA juga dikatakan dapat membantu mengawal kencing manis (jenis 2) dengan membaiki kadar insulin & kolesterol. GLA juga membantu dalam menyingkirkan lebihan berat badan terutama bagi yang ingin mengurangkan berat badan.




GLA boleh didapati dari sumber EPO (Evening Promise Oli), Blackcurrent, Hempseed dan Borage. Sumber GLA yang terbaik dari segi kualiti dan kuantiti adalah dari sumber minyak Borage. Dan GLA Shaklee dihasilkan dari sumber minyak Borage, bunga matahari dan Vitamin E. Ini menjadikan GLA Shaklee lebih baik dari GLA lain di pasaran. 


Ketahui lebih lanjut GLA Shaklee di sini.









-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan produk SHAKLEE dan setiap pembelian bakal mendapat HARGA ISTIMEWA..



Nurzhiana Mohd Yunus


Shaklee Independent Distributor - ID 1085116


sms/whatsapp: 0135707812
 
 
 

Wednesday, July 9, 2014

Pengalaman Berpuasa dengan Shaklee

Assalamualaikum

Bulan puasa.. bulan ramadhan pasti bulan yang ditunggu-tunggu semua umat Islam.. bulan yang penuh rahmat dan barakah.. semoga kita semua melalui ramadhan ini dengan penuh nikmat.

Bagaimana anda menghadapi bulan puasa ini ? adakah anda kekal cergas bertenaga hingga ke waktu berbuka ?

Jom ..

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman terbaru mereka yang ada mengambil Shaklee dalam bulan puasa.

Mana tahu perkongsian ini dapat membantu anda.. InsyaAllah..

Alhamdulillah.. dengan Shaklee mereka dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih baik.

MIGHTY 3 GEMS PROGRAMME pastinya menjadi pilihan utama bila tiba bulan puasa. Set ini ada ESP, Meal Shakes dan Performance Drink. ketiga-tiganya boleh dicampur dan dibuat minum masa sahur. Anda akan berasa kenyang dan bertenaga. InsyaAllah. Nak campur dengan kurma dan oat lagi bagus.

Kebaikan set Mighty 3 Gems ini secara ringkasnya
  • Kekal bertenaga sepanjang hari.
  • Memelihara kesihatan secara menyeluruh.
  • Membantu meningkatkan tahap kepekaan dan tumpuan.
  • Membantu mencantikkan kulit.
  • Membuat rasa kenyang bertahan lebih lama.
Siapa perlukan set Mighty 3 Gems
  • Ahli Sukan 
  • Breastfeeding mummy yang ingin berpuasa 
  • Kanak-kanak yang selalu sakit 
  • Kanak-kanak yang tidak berselera makan 
  • Orang yang ingin berpuasa (sunat/ganti) 
  • Orang sakit (samada kerap jatuh sakit, sakit kepala atau demam) 
  • Orang yang ingin menguruskan badan 
  • Orang yang kerap makan makanan segera 
  • Orang yang ada sakit gastrik / pedih ulu hati
  • Orang yang ingin memelihara kesihatan secara menyeluruh

Nak tahu lanjut Mighty 3 Gems Programme klik sini.


Untuk bulan ramadhan ini saya buat stok ESP.. buat minum masa sahur.. apa yang best saya kurang makan nasi atau mengambil makanan berat,, saya just ambil segelas esp + kurma .. kekadang saya makan cikit sandwich telur, kuih.. lebih kurang laa..










-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut 
berkenaan produk SHAKLEE dan setiap pembelian bakal mendapat HARGA ISTIMEWA..


Nurzhiana Mohd Yunus


Shaklee Independent Distributor - ID 1085116


sms/whatsapp: 0135707812