Saturday, September 19, 2015

Jom rebut peluang percutian percuma ke Bangkok tahun 2016 selama 4 hari 3 malam




Assalamualaikum dan Hi :)

Bulan ni eksaited terlebih cik gee nak bagitahu yang Shaklee ada offer tawaran PERCUTIAN PERCUMA ke BANGKOK tahun depan, 2016 selama 4 hari 3 malam. Tawaran ni PERCUMA tau!


Memang syok habis kalau dapat join sekali ni. Bangkok memang banyak tempat-tempat menarik, banyak tempat shooping (memang syurga untuk tempat shopping) dan macam-macam lagi. Best tak best?



Macam mana nak rebut peluang percutian percuma ke Bangkok ni? Jom cik gee nak cerita sikit.

1- semua ahli shklee lama dan baru. Jika yang baru nak berdaftar boleh berdaftar dengan cik gee.

2- semua ahli yang aktif berbiznes shaklee dan tekah naik ke pangkat SUPERVISOR

3- semua ahli baru yang mendaftar keshlian shaklee dari bulan Januari 2015 – Januari 2016 (ahli baru anda boleh berdaftar dengan cik gee)

4- Syarat yang lain cik gee akan terangkan kepada anda nanti. Yang paling penting nada berdfaftar keahlian Shaklee bersama team kami #TeamZinniaAura dan bawah susur galur Grup Jutawan.

Cik Gee bukak tawaran untuk sesiapa saja yang betul-betul berminat dan serius untuk berbiznes Shaklee bersama cik gee. Insha Allah cik gee akan guide dan bantu anda semua yang beul-betul nak berjaya !


Bagi yang berdaftar ahli Shaklee dengan cik gee, cik gee akan share TIPS EKSLUSIF ni untuk anda : (free saja ya)

- Cara berniaga & tambah follow instagram sehingga 5k, 10k, 20k
- Cara berniaga di facebook
- Cara tambah rakan-rakan facebook
- Tip berbiz shaklee dan macam-macam lagi ya !




Lagi satu cik gee nak bagitahu benda apa yang best yang anda dapat bila layak dapat percutian percuma ke Bangkok ni.

- Tiket penerbangan percuma
- Penginapan percuma (4 hari 3 malam)
- Dapat wang tunai akan duit belanja
- Makan / minum secara percuma
- Pengangkutan percuma
- Dapat jalan jalan & shopping ke tempat yang menarik di Bangkok


Menarik kan? Jom cepat-cepat bagi berminat tu. FAST ACTION FAST RESULT !







http://zianaeunos.blogspot.my/2015/06/vita-lea-percuma-jika-mendaftar.html




Hubungi Cik G untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee .



Nurzhiana Mohd Yunus


Shaklee Independent Distributor - ID 1085116


sms/whatsapp : 013-570 7812


FB Page : Ziana Beauty Shoppe



Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat. Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh menghubungi saya untuk pendaftaran ahli Atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1085116 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya. 






Thursday, September 17, 2015

Sembelit | 3 vitamin bantu masalah sembelit






Assalamualaikum dan Hi :)

Apakah sembelit?

Sembelit berlaku apabila kurang membuang air besar atau sukar membuang air besar. Dari segi perubatan, mereka yang mengalami sembelit apabila membuang air besar kurang daripada 3 kali dalam seminggu.


Apakah yang menyebabkan saya sembelit?

Sembelit berlaku biasanya disebabkan kurang minum air terutama air kosong/ mineral, kurang mengambil makanan berserat, kerap mengambil ubat seperti ubat gastrik & ubat darah tinggi. sikap suka menangguh untuk membuang air besar juga boleh menyebabkan sembelit.


Apakah tanda-tanda saya sembelit?

- Tanda yang paling jelas ialah tidak membaung air besar selama beberapa hari
- Najis keras, hitam dan berketul-ketul
- Sakit ketika membuang air besar dan terpaksa meneran
- Sakit perut
- Perut buncit
- Rasa tidak puas membuang air besar
- Badan dan mulut berbau
- Badan cepat letih & malas
- Hilang selera makan
- Masalah kulit


Apakah kesan sembelit? 

Sembelit jika tidak diatasi boleh memberi kesan kepada tubuh dan kesihatan.

Badan banyak toksin. Keadaan ini boleh menyebabkan pengambilan nutrien kurang berkesan kerana ia tidak sampai kepada sel.

Bahan toksin yang banyak di dalam badan boleh meningkatkan paras radikal bebas.

Usus tersumbat kerana najis melekat pada dinding usus besar.

Sembelit juga boleh menyebabkan risiko kanser seperti kanser usus/kolon dan juga kanser lain. Apbila proses detoksifikasi kurang cekap akan menyebabkan sel berasid, sel kekurangan oksigen dan ini boleh menggalakkan petumbuhan sel-sel kanser.


Bagaimana saya nak mencegah & mengelak sembelit?

Sebenarnya untuk mencegah & mengelak sembelit berlaki tidak susah. Amalkan beberapa rutin harian sudah cukup seperti kerap mengambil sayuran & buah-buahan dalam diet harian minum air yang cukup (air kosong/mineral dalam 2-3 liter sehari) dan pengambilan laksatif herba / moden. 

Satu lagi alternatif yang cik gee boleh cadangkan ialah pengambilan supplement. Ada 3 jenis supplement yang dapat membantu memperbaik dan mencegah sembelit dan cik gee gelar set ini sebagai agen detoks.


Alfalfa Complex 

Tumbuhan alfalfa lebih dikenali sebagai raja segala tumbuhan kerana akar alfalfa boleh menjalar sehingga 20 kaki bawah tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Alfalfa Complex pilihan terbaik untuk sembelit kerana ia mengandungi serat. Alfalfa Complex juga boleh membantu membuang toksin dari badan termasuk membersih hati dan kolon. Sifat alfalfa yang beralkali sangat baik untuk meneutralkan badan yang banyak asid. Alfalfa Complex ini di datangkan dalam 2 pek iaitu satu pek 330 biji dan satu lagi 700 biji. Setiap biji / tablet alfalfa shaklee ni mudah ditelan dan boleh juga dilarutkan di dalam air suam.


Herblax 

Ramai yang menggelar herblax sebagai julap. Tetapi ia bersifat ‘julap lembut’ dan terbukti secara klinikal baik untuk kegunaan jangka panjang. Herblax adalah hasil kombinasi 9 jenis herba semulajadi yang baik untuk masalah penghadaman termasuk sembelit. Ia membersih secara lembut dan mengembalikan proses semulajadi pergerakan usus. Herblax juga membantu membersihkan usus dengan mengeluarkan semua najis lama dan yang tersekat di dalam tubuh.


Peppermint Ginger Plus

Daun pudina, halia, adas dan cekur manis. 4 tumbuhan herba ini yang digunakan untuk menghasilkan Peppermint Ginger Plus. 4 herba terbaik dari barat & timur ini sangat baik untuk membantu masalah pengahadaman termasuk gastrik, loya dan mabuk laut.

Pudina membantu masalah penghadaman, halia pula untuk melegakan jika ada masalah perut & usus yang tidak selesa, pokok adas membantu melegakan sakit perut dan cekur manis melegakan masalah pencernaan.

Dan peppermint ini boleh dicampur dengan alfalfa kemudian dilarutkan dalam air panas sebagai minuman herba sekaligus membantu mencuci usus dan perut.

'
'
'


Satu lagi yang boleh membantu sembelit dan boleh diambil oleh ibu-ibu mengandung yang ada sembelit iaitu Ostematrix.

Ostematrix terkenal sebagai supplement kalsium. Bagaimana ia boleh membantu sembelit? Di dalam ostematrix ada magnesium. 400mg magnesium di dalam Ostematrix bukan saja membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya tetapi ia juga sangat membantu masalah sembelit. Magnesium akan bertindak melegakan otot dalam usus supaya otot usus menjadi lembut dan menegelakkan sembelit. Magnesium juga akan menarik air ke dalam usus untuk menambahkan jumlah air ke dalam susu bagi membantu melembutkan najis.


'
'
'

Testimoni Pengguna #shakleeeffect















Hubungi Cik G untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee .



Nurzhiana Mohd Yunus 


Shaklee Independent Distributor - ID 1085116 


SMS / WHATSAPP : 013-570 7812



Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat. Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh menghubungi saya untuk pendaftaran ahli Atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1085116 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya.


Tuesday, September 15, 2015

3 cara mudah untuk membantu penyakit gastrik


Assalamualaikum dan Hi :)

Apakah penyakit gastrik?

Biasanya penyakit gastrik berkaitan dengan sakit pada bahagian perut atau pedih ulu hati. Tapi dari sudut kedotoran, penyakit gastrik berlaku apabila ada keradangan di bahagian lapisan permukaan perut. Antara yang menyebabkan penyakit gastrik ialah merokok, jangkitan kuman atau penggunaan ubatan seperti aspirin, ubat tahan sakit dan ubat tradisional yang mengandungi steroid. (sumber mmgazatte.com)






Apakah tanda-tanda mereka yang ada penyakit gastrik?
  • Selalu sakit di bahagian ulu hati
  • Kerap loya dan muntah
  • Kerap sendawa
  • Masalah perut kembung
  • Muntah darah
  • Najis berwarna hitam

Apa yang perlu saya lakukan untuk mengelak / mencegah penyakit gastrik?

Rutin biasa yang perlu dibuat ialah menjaga pemakanan, makan secara kerap tapi dalam kuantiti sedikit, elakkan minum minuman bergas, elakkan dan jauhi rokok, elakkan minuman yang tinggi kafein seperti kopi dan teh & kurangkan pengambilan makanan dalam tin kerana ia dipercayai tinggi kandungan asid.


'
'
'

Satu lagi cara / alternatif yang cik gee kongsikan dengan pengambilan supplement. Suppelement ini akan membantu memperbaiki penyakit gastrik dari dalam. Ada 3 cadangan supplement yang cik gee syorkan untuk penyakit gastrik ini;


Protien ESP 

ESP antara 'hot' produk Shaklee dalam bentuk serbuk dan boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda. ESP juga menjadi pilihan utama untuk mereka yang ada penyakit gastrik. ESP mengandungi protien yang berkualiti tinggi. protien sangat penting dalam membantu membina & membaikpulih sel-sel dan tisu baru pada dinding/lapisan perut. ESP juga bersifat alkali jadi ia sangat membantu mengurangkan keasidan perut akibat jus gastrik. ESP juga mengenyangkan dan ia boleh menjadi alas perut untuk mengelak perut kosong.



Alfalfa 

Suppelement yang diekstrak dari tumbuhan alfalfa. Dalam bentuk tablet yang mudah ditelan. Alfalfa bersifat alkali membuatkan alfalfa sesuai untuk mereka yang ada gastrik kerana ia dapat membantu meneutralkan asid dan mengurangkan keradangan. Alfalfa juga bagus untuk kesihatan usus dan perut dengan memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti ulser gastrik, kembung perut dan sembelit.



Peppermint Ginger Plus 

Supplement yang diekstrak dari herba asli semulajadi iaitu daun pudina, halia, jintan hitam & manis yang membantu melegakan ketidakselesaan perut. Kajian menunjukkan halia yang diambil sebagai supplement / makanan tambahan membantu mengurangkan masalah perut sebu, senak perut dan membuang angin dalam badan. Peppermint juga boleh jadi minuman herba semulajadi apabila ia dicampur dengan air panas.



'
'
'

Apa kata mereka yang mengambil supplement shaklee untuk penyakit gastrik? #shakleeeffect
















Hubungi Cik G untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee .



Nurzhiana Mohd Yunus 


Shaklee Independent Distributor - ID 1085116 


sms/whatsapp : 013-570 7812 





Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat. Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh menghubungi saya untuk pendaftaran ahli Atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1085116 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya.


Monday, September 14, 2015

5 Tips untuk Kulit Sihat dan Muda Selalu


Assalamualaikum dan Hi semua =)


Tip #1 Melindungi kulit dari cahaya matahari / UV
Penuaan kulit sebenarnya banyak berlaku disebabkan kulit banyak terdedah kepada cahaya matahari. Sebab itu kita mengurangkan atau mengelak dari terdedah kepada cahaya matahari terutama pada waktu antara 10 pagi sehingga 4 petang. Jika boleh pada waktu ni kurangkan aktiviti luar, menggunakan krim perlindungan matahari.





Tip #2 Jangan merokok
Kajian menunjukkan bahawa merokok boleh menyebabkan penuaan kulit. Menurut Indy Rihal (British Skin Foundation), merokok boleh mengurangakan keanjalan kulit kerana rokok akan menyebabkan penghasilan kolagen dalam badan berkurang. Rokok juga akan mengecilkan aliran darah ke kulit dan ini boleh menyebabkan aliran oksigen dan nutrien yang diterima oleh kulit makin berkurang.




Tip #3 Menjaga kebersihan kulit dan menggunakan pelembap (moisturizer)
Sangat penting untuk memastikan kulit bersih. Terutama mereka yang kerap menggunakan makeup. Membersih kulit merupakan salah satu tip penting dalam penjagaan kulit untuk membuang kotoran dan bakteria.

Satu lagi menggunakan pelembap. Pelembap sangat penting untuk mengelak kulit kering, kusam tak bermaya. Pelembap juga membantu mengekalkan kelembapan semulajadi kulit.

Bagi yang ada msalah kulit kering dan berminyak elakkan produk berasaskan alkohol (gunakan produk berasaskan air, water-based).





Tip #4 Dapatkan tidur yang cukup
Tidur juga boleh mempengaruhi kesihatan kulit. Jika tidur tak cukup boleh menyebabkan kulit nampak kusam tak bermaya dan nampak tua terutama jika ada eye bag.

Cik Gee nak berkongsi beberapa tips untuk tidur yang lebih selesa / nyenyak :
Tidur pada waktu yang sama tiap malam
Mandi dengan air suam
Elak makan makanan berat 2-3 jam sebelum tidur
Banyakkan minum air kosong pada waktu siang dan malam kurangkan
Pastikan bilik tidur dalam suasana yang sejuk, senyap dan gelap
Elakkan minum air berkafein pada waktu petang





Tip #5 Jaga pemakanan
Pemakanan sangat penting dan ia boleh mempengaruhi kesihatan kulit. Banyakkan makan makanan yang sihat dan berkhasiat. Jadikan buah da sayuran sebagai makanan wajib setiap hari kerana ia kaya dengan vitamin & mineral yang diperlukan untuk kulit dan tubuh sihat. Contoh makanan yang tinggi antioksidan seperti vitamin A, C dan E. Vitamin antioksidan ini akan melindung kulit dari kerosakan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit.





sumber: http://www.medicalnewstoday.com/




5 sebab kenapa kita perlu ambil supplement



Assalamualaikum dan Hi :)

Ada yang ambil supplement macam cik gee jugak ke? Alhamdulillah cik gee dah  masuk 2 tahun jadi pengamal tegar supplement ni .. dan supplement pilihan cik gee ialah supplement jenama SHAKLEE !!


Apa itu supplement sebenarnya?
Suppelment atau makanan tambahan yang merupakan pelengkap kepada nutrien penting tubuh. Tujuan supplement adalah untuk menambah keperluan vitamin, mineral, asid amino, serat, asid lemak . Ada juga yang menganggap supplement adalah makanan. Tapi kita perlu tahu yang supplement hanya makanan tambahan semata-mata bukan makanan utama dalam diet harian.


Kenapa kita perlu ambil supplement ya?

1- Makanan harian yang tak seimbang 
Dunia moden dan canggih sekarang serta sibuk berkerja makanan segera memang jadi pilihan utama. Untuk masak sendiri memang jarang jarang kan. Sudah pasti la menu makanan harian tak lengkap dan tak seimbang. Bila makan di luar memang akan menjadi pilihan makanan yang berlemak, berminyak,  tinggi gula dan garam sebab kebanyakan atau semuanya sedap . Betul tak betul? Sebab tu kita perlu ambil supplement ^_^

2- Khasiat / zat makanan mudah hilang
Makanan yang kaya dengan protien dan vitamin C contohnya mudah hilang khasiat bila dimasak. Seperti protien yang akan mudah musnah jika haba / suhu tinggi . Macam ikan yang mengandungi protien, kebanyakan kita gemar memasak ikan dengan cara menggoreng kan.

3- Kualiti sayur / buah
Cik Gee tahu ramai yang suka makan sayur / buah. Dan ramai jugak yang beranggapan bila makan sayur/ buah sudah cukup menambah keperluan vitamin dalam badan. Kurang tepat sebenarnya sebab kebanyakan sayur / buah disembur dengan racun perosak dan ada juga yang di 'wax' supaya ia lebih tahan lama. Jadi macam mana kita dapat zat sepenuhnya dari sayur / buah? Tanam sendiri? Sebab tu cik gee menggalakkan pengambilan supplement sebagai tambahan untuk mencukupkan keperluan nutrisi badan.

4- Mengambil ubat ubatan
Ubat ubatan sebenarnya boleh mengganggu penyerapan zat / nutrisi dalam badan. Kita boleh mengelak untuk tak mengambil ubat kecuali jika sakit terpaksa mengambil ubat kan. Bagi pendapat cik gee sendiri , mencegah lebih baik dari mengubati. So kita ada pilihan untuk TAK bergantung kepada ubat selama-lamanya.

5- Pelengkap nutrisi kepada tubuh
Dengan mengambil supplement in sha Allah ia membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan tubuh. Dengan makanan sebenarnya agak sukar untuk mendapat semua vitamin & mineral dalam satu satu makanan. Contoh asid amino. Agak sukar untuk mendapatkan asid amino yang cukup dan berkualiti dari diet harian dan sebagai gantinya cik gee mengambil supplement ESP yang lengkap dengan semua 22 asid amino penting kepada tubuh.






Saturday, September 12, 2015

Kebaikan Peppermint Ginger Plus #Shaklee | Testimoni Peppermint Ginger Plus


Assalamualaikum and Hi :)


Bila disebut Peppermint Ginger Plus biasa ia sangat ‘femes’ untuk masalah angin dalam badan, gastrik dan loya. Supplement Peppermint Ginger Plus dari Shaklee ni dalam bentuk pil / tablet . Memang mudah untuk ditelan atau boleh larut dalam air. Nak tahu cara dia baca dulu sampai habis ^_^




Apa Keistimewaan Peppermint Ginger Plus Shaklee?

Gee nak bagitahu keistimewaan utama Peppermint Ginger Plus ialah gabungan 4 jenis herba semulajadi dari Timur dan Barat. Maksudnya untuk menghasilkan setiap biji/tablet Peppermint Ginger Plus ini, Shaklee telah menggunakan teknologi sains terkini untuk mengkombinasikan 4 jenis herba terbaik untuk kesihatan iaitu pokok adas, cekur manis, daun pudina dan halia.


Pokok Adas / Fennal
  • Ia membantu menghilangkan kembung perut, melegakan kesakitan perut dan membantu mengurangkan masalah alergi pada saluran usus. Biasnya orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk tujuan menghilangkan masalahkembung perut.


Cekur manis (anise)
  • Bagi orang Mesir Purba, mereka telah lama menggunakan cekur manis. Sebab apa? Ia dapat membantu melegakan masalah pencernaan, mengurangkan kesakitan akibat haid seperti senggugut, dan merangsangkan rembesan jus gastrik untuk pencernaan. Cekur manis juga mampu memberikan peredaran tenaga di dalam badan.





Daun pudina
  • Daun ini banyak digunakan bagi membantu proses penghadaman. Ia juga kerap digunakan untuk mengurangkan mabuk laut/darat atau morning sickness bagi ibu mengandung. Daun pudina juga dapat mengurangkan sakit gastrik, pedih hulu hati, cirit-birit termasuk mengurangkan kesan sampingan daripada kimoterapi seperti muntah dan hilang selera makan. Kerap demam? Daun ini dapat merangsang pengeluaran peluh sekaligus mengurangkan risiko demam akibat selsema dan demam lebih cepat kebah.


Halia
  • Sejak 2000 tahun lepas, orang Cina telah lama menggunakan halia untuk tujuan kesihatan dan pemakanan harian. Halia sangat baik untuk merangsang rembesan enzim Salvia supaya makanan lebih mudah dicernakan. Halia juga membantu melegakan sakit perut, mengurangkan sakit senggugut dan mengurangkan loya atau mual akibat morning sicknesss / selepas pembedahan.



Ada lagi kebaikan lain Peppermint Ginjer Plus ?
  • Membantu melegakan otot perut
  • Membantu mengurangkan simptom-simptom demam
  • Melancarkan sistem penghadaman
  • Melegakan cirit-birit, pedih ulu hati dan gastrik
  • Meningkatkan fokus
  • Menghalang muntah selepas pembedahan
  • Mengurangkan dan mencegah masalah kembung perut
  • Melegakan haba pada musim sejuk / panas
  • Membantu melegakan / mengurangkan morning sickness
  • Melegakan senak perut


Siapa yang boleh mengambil Peppermint Ginger plus?
  • Mereka yang suka mengembara dan mengalami mabuk laut/darat
  • Mereka yang ada masalah gastrik dan angin dalam badan Ibu mengandung yang ada masalah loya dan morning sickness
  • Mereka yang kerap mengalami kembung perut
  • Mereka yang ada masalah kencing kotor dan lawas
  • Mereka yang mengalami masalah sembelit / kurang lawas


Bagaiman cara makan PepperMint Ginjer Plus yang betul?

Gee nak berkongsi cara makan terbaik Pepper Mint Ginger Plus Shaklee.

Pertama, boleh ditelan Perppermint Ginjer Plus begitu sahaja. Cara kedua dengan mencampurkan 2-3 biji Pepper Mint Ginger Plus dengan air teh o panas. Rasa dia sungguh nyaman dan melegakan. Boleh mengamalkannya 2 -3 kali sehari.

  • Jika untuk tujuan mencuci usus dan perut boleh melarutkan 3 biji Pappermint Ginger Plus dengan 10 biji Alfalfa di dalam air panas suam kemudian boleh diminum

  • Jika untuk penghadaman cik gee sarankan ambil 3 biji selepas makan 

  • Jika untuk melegaan tekak, batuk atau sendawa boleh terus hisap 2 biji Peppermint Ginget Plus.

  • Jika untuk merawat sakit atau masalah gastrik, nausea, batuk boleh ambil 3-5 biji Peppermint Ginjer Plus dan dilarutkan dalam air panas untuk menjadi teh herba


-
-
-
-
-



Jom , gee ingin berkongsi #ShakleeEffect mereka yang mengambil Peppermint Ginger Plus
















Hubungi Cik G untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee .



Nurzhiana Mohd Yunus


Shaklee Independent Distributor - ID 1085116


sms/whatsapp : 013-570 7812



Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat. Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh menghubungi saya untuk pendaftaran ahli Atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1085116 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya.



7 sebab kenapa saya mesti sarapan pagi | Kepentingan sarapan pagi



Assalamualaikum dan Hi semua ^_^

Biasa bersarapan pagi tak? Dulu-dulu cik gee tak suka sebenarnya sarapan pagi tapi sekarang alhamdulillah .. memang akan bersarapan walaupun segelas susu ESP ! Sarapan pagi sebenarnya penting. Biasanya kita suka mengambil sarapan pagi dengan nasi lemak, mee gerong, roti canai dan kuih muih kan.


Jom .. cik gee nak berkongsi 7 sebab kenapa ‘SAYA’ mesti sarapan pagi

Dengan bersarapan pagi badan saya akan rasa lebih cergas dan bertenaga. Pilih menu sarapan yang ada karbohidrat dan berserat tinggi.

Dengan bersarapan pagi saya dapat nutrisi dan zat yang cukup untuk menjalankan proses perkembangan tubuh dengan sempurna.




Dengan bersarapan pagi juga membantu saya mengurangkan berat badan kerana proses pembakaran kalori lebih efisien pada waktu pagi dengan perut kosong.




Dengan bersarapan pagi saya boleh mencegah penyakit jantung. Pilih menu yang tinggi kandungan serat seperti bijirin. Serat dapat menyerap kolesterol jahat dalam badan !

Dengan bersarapan pagi boleh saya meningkatkan daya tumpuan dan fokus. Pilihlah makanan yang mengandungi glukosa untuk meningkatkan daya tumpuan dan menjana perkemabangan otak.

Dengan bersarapan pagi bersama ahli keluarga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan saya.


Dengan bersarapan pagi metabolisme tubuh saya berada pada tahap yang optimum. Kedaan perut kosong dan tidak bersarapan boleh menganggu metabolisme tubuh. Otak akan memberi signal untuk menurunkan kadar metabolisme sekaligus melambatkan proses pembakaran lemak.

Jom bersapan ! Jadikan sarapan pagi sebagai rutin harian wajib setiap pagi !







Friday, September 11, 2015

5 sebab orang lelaki suka minum Vivix Shaklee



Kenapa orang lelaki suka minum VIVIX SHAKLEE ??

Mudah untuk diambil
Yes.. viivx Shaklee satu-satunya supplement Shaklee dalam bentuk cecair. Dengan hanya mengambil 1 sudu kecil setiap hari sudah cukup

Cukup untuk kesihatan menyeluruh
Khasiat VIVIX ni sangat power. 1 sudu sehari cukup untuk memberikan khasiat untuk kesihatan secara menyuluruh termasuk kesihatan mata, jantung, kulit, mencegah kanser. Ini kerana VIVIX adalah supplement yang kaya dengan resveratrol.




Boleh kuruskan badan
Jangan tak tahu, orang lelaki juga sukakan VIVIX kerana ia boleh membantu menguruskan badan. Macam mana VIVIX boleh kuruskan badan?

- kandungan resveratrol dalam VIVIX boleh meningkatkan metabolisme tubuh
- resveratrol menghalang pengumpulan lemak dan memusnahkan deposit lemak dalam badan dan lemak-lemak ini akan digunakan sebagai tenaga
- resveratrol menghalang kenaikan paras hormon estrogen supaya lemak-lemak tidak disimpan

Berhenti merokok 
VIVIX salah satu ikhtiat terbaik untuk mereka yang ingin berhenti merokok !! Bagaimana? Selepas minum VIVIX, ia akan membuatkan rokok rasa pahit seklaigus mengurangkan ketagihan merokok ! VIVIX bertindak dengan cara memulihkan semula struktur DNA dan seterusnya membantu menghasilkan sel-sel yang lebih sihat. Sel-sel yang telah rosak akan dibaiki. Best ke seronok? Dengan hanya mengamalkan sesudu vivix setiap hari boleh membantu anda berhenti merokok !

Resdung
Ada masalah resdung? Tak suka telan2 tablet? Cik Gee VIVIX highly recommend untuk anda. Lelaki or perempuan semua boleh ambil VIVIX. Sebab VIVIX tinggi antioksidan yang sangat membantu untuk menguatkan antibodi tubuh.


Nah .. cik gee share #shakleeEffect #vivix ..










Hubungi Cik G untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee .



Nurzhiana Mohd Yunus


Shaklee Independent Distributor - ID 1085116


sms/whatsapp : 013-570 7812


FB Page : Ziana Beauty Shoppe



Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat. Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh menghubungi saya untuk pendaftaran ahli Atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1085116 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya.