Monday, September 11, 2017

6 Tip Atasi Kulit Kering





Mereka yang mempunyai kulit kering akan nampak wajah kusam dan lebih tua dari usia sebenar. Bagi yang kerap terdedah pada cahaya matahari, kulit jenis kering ini berisiko untuk menjadi gelap dan berkedut. 


Ok. Sebelum itu, Gee nak berkongsi dulu PUNCA KULIT KERING.

• Kurang mengambil mineral yang jadi punca kulit kerana hidrasi

• Faktor keturunan atau genetik 

• Kesan sampingan mengambil ubatan

• Mengguna konsmetik yang tak sesuai dengan kulit seterusnya kulit jadi kering

• Kurang mengambil nutrisi daripada buah dan sayuran yang membekal vitamin baik untuk kulut & tubuh seperti vitamin E dan B2 serta mineral lain. 



6 TIP ATASI KULIT KERING
-------------------------------------------


1. Rajin minum air mineral 

Air juga penting untuk kulit. Bila cukup pengambilan air mieral ia dapat mencegah kulit kering dan kusam. Paling kurang kita digalak minum air 2.5 liter sehari atau 8 gelas air sehari untuk kulit lembap dan lembut. 


2. Bersenam secara teratur

Seperti kita tahu bersenam sangat banyak manfaat kepada tubuh. Bila bersenam kita mengeluarkan peluh  dan peluh itu membantu sel-sel kulit mati serta kotoran pada kulit keluar bersama. Jadi, tubuh menjadi lebih sihat dan segar.

Ingat! Selepas bersenam jangan biarkan kulit tidak dibersihkan kerana kotoran akan keluar sama.


3. Guna krim pelembap

Krim pelembap boleh membantu mengawal jumlah lembapan di bawah kulit. Jadi, amalkan menyapu krim pelembap di seluruh badan selepas mandi pada setiap pagi dan malam. 

Jika bekerja di dalam bilik berhawa dingin, wajib guna pelembap untuk mengunci tahap kelembapan kulit. 


4. Pengambilan lemak yang cukup

Bukan semua lemak tidak baik untuk kesihatan. Contohnya asid lemak Omega 3, ia boleh membantu menjaga kelembapan kulit dengan sifat anti radangnya. 

Lemak Omega 3 juga baik untuk jantung dan otak. Antara makanan yang mengandugi Omega 3 ialah kekacang, ikan salmon, buah kelapa & avokado. 


5. Mandi 2 kali sehari 

Biasakan diri mandi sekurangnya dua kali sehari. Mandi boleh membantu menghindar kulit daripada masalah kusam dan kering. Bila jumlah lembapan cukup maka kulit menjadi lebih lembut dan segar!


6. Makan buah kaya vitamin E

Antara makanan yang mengandungi vitamin E ialah kacang badam, kekacang. Vitamin E sangat baik untuk menjaga kelembapan kulit. 

Dia juga penting untuk menegangkan semula kulit wajah kita.


* * *


Selain daripada yang Gee share di atas, pengambilan suplemen yang sesuai juga boleh membantu melembapkan kulit dari dalam. Antara suplemen yang boleh diamalkan ialah;


Vitamin E Complex 

Selain melembapkan kulit, Vitamin E Complex juga mampu memulihkan struktur kulit, mengurangkan kedut, garis halus, parut, bintik penuaan dan melambatkan proses penuaan kulit.




Protien ESP 

Protien penting untuk membina sel-sel kulit baru. Kulit kering juga antara tanda sel kulit rosak. 

Jadi dengan pengambilan ESP yang konsisten, ia mampu memperbaiki kulit kita yang rosak, melembapkan kulit yang kering & menggelupas (kulit satu badan).




Collagen Powder 

Suplemen kolagen penting untuk memastikan kulit sentiasa sihat dan cantik. Kolagen akan ' pegang ' air pada kulit supaya kulit sentiasa lembap terutama di bahagian muka. 




Vivix 

Supleemen terbaik dari Shaklee. Vivix bertindak ke peringkat sel-sel kita paling kecil iaitu sel DNA. 

Bila konsisten amal Vivix ni gee perasan kulit tak kering tapi sentiasa moist lembap. 










Hubungi Gee untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee, proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga harga istimewa serta konsultasi ekslusif Shaklee.


Nurzhiana Mohd Yunus

Pengedar Shaklee: ID 1085116

WhatsApp: click link http://Www.wasap.my/60135707812/

FB: Ziana Eunos


Terima Kasih kerana memilih Shaklee!