Showing posts with label Detox. Show all posts
Showing posts with label Detox. Show all posts

Tuesday, July 11, 2017

Set Bajet Detox by Shaklee


Masih on mood raya ke?

Selamat Hari Raya Aidilfitri Gee ucapkan untuk semua umat Islam ya. Masih tak terlambat lagi kan. Hehe

Lepas raya ni memang ramai carik set detox. Semua pakat nak slim balik lepas sakan beraya. Open house sana sini. 

Sebelum buat apa apa tu gee rekomen korang WAJIB DETOX dulu badan tu. Tujuan dia nak buang semua toksin dalam badan. Time raya sakan na ko makan, ofkos kena bersih balik, buang toksin dalam usus semua tu kan. 

Boleh minum air detox. Ada macam jenis kan. Yang ni gee share cara detox lebih mudah sikit. Telan je. Tapi tapi still kena jaga makan ok.


Ok. Jom gee share secara ringkas kebaikan set detox ni. Gee gelar set ni SET DETOX BAJET. 

Set ni Gee sendiri memang ada amik jugak. Dah lama dah amik. 2 tahun dah rasanya. Gee amik untuk tujuan detox dan jaga kesihatan usus serta sistem penghadaman. 

Lagi-lagi usus tu kena jaga betul-betul ya. Ni sebagai langkal awal kita untuk elak kanser usus. 

Dah makan macam-macam tiap hari memang kena buang tiap hari jugak. Paling ideal kita kena membuang dua kali sehari. 





ALFALFA COMPLEX
- mencuci hati, darah dan usus : makanan yang sangat beralkali boleh normalkan kembali badan yang berasid, membersihkan hati, kolon, darah, menyingkirkan toksin dan mencantikkan kulit otot
- Dapat menyingkirkan lemak kolestrol
- Mengurangkan kolestrol, mengurangkan saponin (span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol)
- Melegakan keletihan
- Memperbaiki masalah saluran dalaman seperti kembung, ulser gastric, sembelit, hepatitis dan hyperacidity
- Sangat berkesan untuk pencernaan dan buang angin (menjadikan badsn terasa lebih ringan





HERBLAX
- pembersihan najis yang tersekat
- Meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
- Membantu masalah sembelit
- Mengempiskan perut
- Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.

Korang jika berminat nak Set Detox ni boleh roger2 Gee ok. 

DETOX bukan untuk kurus saja tau. Sapa nak badan sihat, kulit cantik ker .. korang pun perlu detox jugak.



× × × × × 



Sebelum tu kan Gee nak share kat korang ...


13 TANDA BADAN ANDA BERTOKSIK TINGGI

Jom check samada badan kita ni OK ke TAK 

1) Saya selalu merasa lemah, letih dan tidak bersemangat.

2) Saya mempunyai masalah untuk fokus dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu.

3) Saya mudah mendapat selsema

4) Saya kadangkala mengalami masalah nafas berbau.

5) Hidung saya selalu merasa tersumbat dan berkahak

6) Saya mempunyai masalah bau badan yang kurang menyenangkan sekiranya tidak menggunakan deodorant.    

7) Saya kerap merasa kembung, ‘angin’ atau penghadaman yang tidak baik terutamanya selepas makan.

8) Saya mempunyai lingkaran gelap dibawah mata atau ‘eye bag’

9) Saya mudah mendapat alahan atau allergi, eczema, jerawat atau psoriasis.

10) Saya mempunyai masalah berat badan yang susah nak diturunkan.

11) Saya kadangkala tidak membuang air besar lebih dari 2 hari.

12) Saya kerap sakit-sakit badan.

13) Saya selalu mengalami masalah bengkak atau sembab.


Ok. Ada berapa YA korang dapat?
Jika BANYAK YA makanya korang perlu DETOX tubuh sekarang!







Hubungi Gee untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee, proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga harga istimewa serta konsultasi ekslusif Shaklee.


Nurzhiana Mohd Yunus

Pengedar Shaklee: ID 1085116

WhatsApp: click link http://Www.wasap.my/60135707812/

FB: Ziana Eunos


Terima Kasih kerana memilih Shaklee!



Monday, November 21, 2016

Jom Cuci Usus Bertoksin dengan Herblax!


Assalamualaikum dan hi semua ;)

Cuci usus? Sebab apa perlu cuci usus?

Biasa bagi orang yang nak kurus tu memang dorang akan buat kan. Tapi sebenarnya, semua orang WAJIB mencuci usus!

Usus atau kolon sangat2 penting sebab ia sebahagian dari sistem penghadaman kita. Usus ni penting untuk kita;

- memproses makanan
- menyerap zat makanan
- menyingkir bahan buangan


Apa jadi bila usus rosak dan kotor? Ia akan bertukar fungsi dengan menyerap segala toksin dan bukan lagi membuang bahan buangan yang tak diperlukan badan kita! Ngeri kan?!

Sebab itu akan jadi macam2 pada sistem penghadaman kita seperti kembuang perut, naik berat badan, badan rasa letih tak bertenaga, sembelit, sakit kepala dan macam2 lagi. Paling kronik boleh jadi kanser usus!

Jadi, gee sarankan kita semua agar mencuci usus atau kolon untuk membuang dan menyingkir segala toksin dalam badan dan dalam masa yang sama ia dapat membantu perkembangan bakteria usus yang baik.

Usus bersih sangat penting terutama bagi anda yang nak kurus, nak kulit cantik or nak badan sihat cergas. Bila usus kita bersih .. maka segala zat makanan yang kita ambil akan jadi mudah diserap badan!


• • • • •

Bagaimana nak cuci usus?

Ok. Di Shaklee ada satu produk best yang Gee sarankan untuk anda semua .. iaitu HERBLAX!

Herblax dari Shaklee ni sangat bagus! Ia hasil gabungan 9 jenis herba yang terbaik untuk usus kita.



Bagaimana Herblax membantu?

~ ia bertindak secara lembut dan tidak mengalami sakit perut berpanjangan
~ merangsang pergerakan usus untuk melancarkan proses perkumuhan secara semulajadi
~ membersih najis yang tersekat
~ membantu sembelit
~ mengempiskan perut


Gee sendiri pun mengambil Herblax ni untuk tujuan permbersihan usus. Biasa gee ambil  4 biji sehari dalam 2 kali seminggu.

Herblax ni dia bertindak dalam 8 - 12 jam, lepas tu perut rasa memulas untuk membuang. Gee selalu sarankan jika nak ambil Herblax pastikan pagi keesokannya anda tak ada kerja penting. Normal akan ke tandas sekali, dua kali tapi lepas tu perut rasa kempis dan lega! hihi


Wajib try Herblax ni tau.. best!! 








Hubungi Gee untuk mendapatkan maklumat lebih lanjt tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee .



Nurzhiana Mohd Yunus

Shaklee Independent Distributor - ID 1085116

sms/whatsapp : 0135707812

FB: Ziana Eunos



Terima Kasih memilih Shaklee ;)


Monday, August 29, 2016

Alfalfa Jamu Moden dari Shaklee


Assalamualaikum dan hi semua ;)

Suka ambil jamu? Seriuss gee memang tak amik tahu langsung tentang jamu2 ni. Tapi kan sejak gee ambil Alfalfa Complex Shaklee ni baru gee tahu.

Tahu tak? Alfalfa Complex Shaklee ini orang gelar JAMU MODEN.

Haaa … gee sendiri baru tahu. Masa mula2 kenal Shaklee dulu gee ada ambil Alfalfa Complex tapi lepas tu berhenti kejap. Sebab apa? Biasa gee ni suka cuba satu2 produk Shaklee lepas tu cuba yang lain pulak.

Tapi dalam awal tahun 2016 ni, gee mula consume balik Alfalfa Complex Shaklee. Sekal gee beli pek besar yang ada 700 biji. Jimat sikit! Hehe .. Sebabnya gee ingat nak detox balik badan dan nak bantu masalah2 dalaman. Heeeee


 Gee beli Alfalfa pek besar .. jimat sikit heee


 ok tak banyak dah tinggal ni :(


 biasa gee ambil 7-10 bj alfalfa


Bila dah consume Alfalfa Complex Shaklee ni kan, Alhamdulillah puas hati sangat2 dengan kesan dia. Apa yang gee dapat bila consume Alfalfa ni? Jom gee share …
  • Bantu singkir toksin keluar dari badan termasuk cuci darah kotor, cuci usus segala
  • Untuk keputihan memang sangat2 membantu. Dah ok (adik gee sendiri pun ada masalah ni so far ok bila ambil Alfalfa Shaklee. Best sangattt)
  • Bantu masalah bau badan
  • Gee ada masalah bersin dan gatal2 hidung lagi2 bila kena habuk/debu tapi so far dah ok (gee ambil vitamin C sekali)
  • Memperbaiki masalah penghadaman, lebih mudah lawas sebab Alfalfa ni kaya dengan fiber
  • Badan pun tak rasa letih (sebab gee ambil 10 biji & ia bersamaan segelas susu tinggi kalsium tu yang bagus untuk tulang :) 


Seronok sangat ambil Alfalfa Complex ni. Lepas ni gee tak nak skip ambil. Inshaallah setiap hari gee ambil. Biasa gee ambil 10 biji sehari (lepas sarapan or lunch).


Untk wanita2 di luar sana, gee sangat2 rekomen Alfalfa Complex, sebabnya;
  • Bagus untuk masalah keputihan
  • Bantu jaga kewanitaan
  • Berfungsi seperti kacip Fatimah
  • Bantu tingkatkan susu ibu
  • Bantu perbaiki urat lepas bersalin


Wanita je ke boleh ambil? TIDAK! Orang lelaki juga boleh ambil Alfalfa Complex. Antara kebaikan lain Alfalfa Complex;
  • Mencuci hati, darah, usus
  • Meneutralkan badan yang berasid
  • Memperbaiki kulit dan hidung sensitif
  • Mengurangkan bau badan, ulat air
  • Memperbaiki sembelit, kembung, ulser gastrik
  • Menyingkir lemak dan kolesterol
  • Mencegah penyakit jantung, strok, darah tinggi
  • Memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor
  • Melegakan keletihan
  • Mencegah dan merawat artritis dan kesakitan
  • Meningkatkan kesihatan lelaki termasuk kesihatan prostat 


Alfalfa Complex Shaklee ni unik sikit dari Alfalfa yang lain di pasaran. Sebabnya:

  • Shaklee guna alfalfa high grade iaitu medicago savita (gred paling tinggi antara tumbuhan alfalfa)
  • Hanya guna alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang bebas dari segala kimia
  • Ia mengambil masa 2 tahun untuk membesar dan akar mencapai 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap segala nutrisi
  • Shaklee hanya guna daun alfalfa dan ia akan dituai apabila telah matang (daun yang matang kaya dengan klorofil)
  • Daun ini kemudian dikeringkan dan dibiar menjadi serbk sebekum diproses menjadi tablet
  • Segala proses ini dikawal ketat oleh Shaklee
  • Setiap tablet mengandungi 300mg alfalfa
  • 10 biji alfalfa bersamaan dengan segelas susu tinggi kalsium 



Bagus tak bagus Alfalfa Complex Shaklee ini. Pilihan gee pastinya Alfalfa dari Shaklee.

Alhamdulillah … gee dah dekat setahun mengambil Alfalfa ni :)









Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjt tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee .


Nurzhiana Mohd Yunus

Shaklee Independent Distributor - ID 1085116

sms/whatsapp : 0135707812

FB: Ziana Eunos


Terima Kasih memilih Shaklee ;)









Thursday, May 5, 2016

7 Tanda Badan Bertoksin | Cara Mencegah Toksin




Apakah Toksin?

Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh dan ia boleh melemahkan fungsi / sistem tubuh serta kesihatan. Toksin boleh didapati daripada makanan atau produk penjagaan diri.


Tahukah anda? Terdaoat 2 jenis toksin sebenarnya. Apa dia?

Toksin luaran (Eksototoksin) - daripada makanan segera, makanan yang ada pengawet, makanan yang kita oanggang, dan kimia seperti racun serangga, kosmetik dan bahan2 kimia yang ada dalam sabun pencuci, bahan peluntur dan bahan pewarna

Toksin dalaman (Endotoksin) - ia melibatkan emosi, tekanan dan kotoran yang tersumbat di dalam usus kita



Apakah tanda2 badan kita bertoksin? Jom semak. Jom amik tahu.
-----------------------------------------------------------------

  • Rasa letih yang berterusan- tanda2 tubuh mengandungi toksin apabila kita cepat berasa letih walaupun tidak melakukan kerja2 berat / kuat termasuk bersenam

  • Sembelit- paling biasa berlaku apabila jarang membuang air besar / najis menyebabkan toksin gagal disingkir sepenuhnya

  • Berat badan bertambah - selalu bersenam tapi berat badan bertambah? ini antara petanda fungsi hormon dalam badan terganggu akibat toksin

  • Nafas berbau - kebersihan gigi & mulut sering dijaga tapi masalah nafas berbau masih lagi ada.. masalah ini biasa berkaitan dengan sisten penghadaman dan salah satu tanda hati sedang menyingkir toksin dalam badan

  • Sakit otot - sakit pada bahagian otot, sendi, jejari dan kaki juga antara tanda2 kehadiran toksin di kawasan terbabit

  • Reaksi kulit - tanda2 seperti jerawat, ruam, mata sembab dan ekzema menunjukkan badan sudah terlebih toksin ! (perlu segera detox)

  • Aroma wangian - apabila menghidu bau wangian kepala berasa sakit serta-merta menunjukkan badan sedang berperang dnegan toksin yang terlebih di dalam badan


sumber dr sini :)





Bagaimana cara untuk mencegah toksin dalam badan?
-----------------------------------------------------

  • Elakkan air daripada botol plastik kerana ia mengandungi BPA

  • Berhenti makan makanan dalam tin walaupun ia organik kerana ia mengandungi BPA yang boleh mengeluarkan radikal bebas 

  • Gunakan bahan kosmetik yang hanya mengandungi bajan semulajadi bukan bahan yang tidak boleh di mkanan apatah lagi disapu pada kulit atau tubuh

  • Sebaiknya menggunakan pembersih rumha yang diperbuat daripada bahan2 semulajadi

  • Pastikan gigi tidak ditampal dengan merkuri perak kerana ia boleh menganggu sistem pertahanan tubuh

  • Berhenti makan makanan yang diproses secara genetik

  • Berhenti menggunakan bahan terlarang

  • Kurangkan tekanan / stress

  • Faham ubat yang diberi oleh doktor dan kesan sampingan daripadanya

  • Kenal pasti makanan yang anda alah kerana ia boleh menyebabkan radang pada usus

  • Kurangkan lemak berlebihan 

  • Besenam 

  • Pastikan membuang air besar setiap hari 

  • Mendapat tidur yang cukup







Jom sertai Kempen Detox Shaklee yang berlangsung dari April - Jun 16 ini.
Kempen detox ini membantu anda untuk detox dengan cara yang betul . Meal Plan juga disediakan .












Hubungi Cik G untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee .


Nurzhiana Mohd Yunus


Shaklee Independent Distributor - ID 1085116

SMS/WHATSAPP 013-570 7812

Instagram @shakleebygee


TERIMA KASIH KERANA MEMILIH SHAKLEE




Saturday, April 9, 2016

5 Cara Detox Lebih selamat dengan Shaklee (Kempen Detox Shaklee)




Apa itu detox? Detox adalah proses membuang dan membersih segala kotoran dan bahan buangan atau toksik dari tubuh badan. Detox penting untuk membuang toksin dalam badan dan ia merupakan asas untuk membaiki dan mengekalkan kesihatan yang baik.


Korang Tahu tak? Badan melakukan proses detox sepanjang masa. Dan detox melibatkan lebih daripada satu organ dalam badan iaitu detox melalui najis, urin, peluh dan kulit.


Jika anda berhasrat untuk kurus, cantik, nak betulakn hormone, sembelit, badan cepat penat, semuanya perlu detox terlebih dahulu.


* * *

Kempen Detox Shaklee. Kempen ini bermula April hingga Jun 2016. Apa yang ada dalam Kempen Detox Shaklee ini?


--------------------------------------------------------------------------- 
Setiap pembelian Set Kempen Detox Shaklee ANDA layak menyertai satu grup khas ( DETOX PROGRAM) bersama kami dengan bantuan + Khidmat Nasihat drpd Nutritionist Shaklee sepanjang kempen berjalan dari April - Jun 2016.
---------------------------------------------------------------------------





Detox darah (detox satu badan)
  • Alfalfa – sumber makanan yang sangat beralkali, ia bertindak meneutralkan darah yang berasid, membuang angin dalam badan 
  • Vivix – super ditox dengan Vivix! Ia membantu membersih organ, darah dan sel2 dalam badan, termasuk membersih kotoran seperti bahan toksin dan beracun dari sistem badan, memperbaiki penghadaman,

Detox hati
  • DTX Complex – membantu menyingkirkan racun dan bahan toksin yang terkumpul di dalam hati, menapis toksin dalam badan

Detox Usus
  • Herblax – sangat efektif dalam membantu membersih najis2 yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh, mengatasi masalah sembelit, mudah membuang
  • Peppermint Ginjer Plus – membantu melegakan ketidakselesaan perut, kembung perut, membuang angin, membantu masalah penghadaman, mencuci usus 









Meal plan sepanjang program detox juga turut disediakan bagi ANDA yang membeli set DETOX CAMPAIGN :)















Hubungi Cik G untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee .


Nurzhiana Mohd Yunus

Shaklee Independent Distributor - ID 1085116

SMS/WHATSAPP 013-570 7812

Instagram @shakleebygee


TERIMA KASIH KERANA MEMILIH SHAKLEE :)